Tuesday, January 27, 2009

TaiKo TaiKi Gsc Mid vAlley..

Guten tag!!

pekabo kekawan aku smue.. hari nie aku nak kongsi ckit cter tentang kawan- kawan aku yang berkerja kat gsc mid valley... kire diorang nie antara yang aku paling rapat la mase keja dulu... yela kan, tanpa diorang nie kat box office mcm tak best aku rase kan...sunyi jer...sbb tue la kekawan aku rasa mcm perlu jer kat box office.....tok percaya duat dan sebagai...rindu lak kat diorang kerana diorang smue dah berenti keja la...lupew nak cter kat korang yang GSC mid Valley mempunyai 3 department yang penting la. pertama Box office - bahagian tiket dan masalah customer, kedua steward - bahagian koyak tiket dan berkenaan dengan hall la pastue yang terakhir sekali ialah consension - bahagian makanan.

antara kekawan kat gsc ialah ginna,ruben,alex, nazmi,farah,andy,ajla, man, shide, mas, fahmi, apis, azim, eikin,syahidah n beberapa orang budak baru. aku lupe lak name dierong la. tak lupe gak staf bahagian management yang takkan aku lupe mcm sir stanley, sir boy, sir kunan, sir fairil, sir mael,kak bibi, kak umi, kak malar, mahen, mathan...sonok sebenar nye keja kat situ. wat aku terharu je bila mengingati balik peristiwa lampau...hahahaah tok mereka yang dah Berenti aku pangil mantan taiko bagi laki atau taiki bagi PereMpuan..

.: Mantan TaiKi Ginna:.


Sape ginna nie? hiks akak yang paling kecohh kat box office. dier dah keja lama. dekat 4-5 tahun. tapi tak dapat pape kenaikan pon. ginna nie salah seorang sifu aku kat box office. dier ajar aku memacam tentang box office. thank ginna. dier nie antara kawan rapat aku kat box office. sebab dulu juz aku n dier je melayu. yang lain semua india jer. memang dier taiki btoi la. bole bertahan lama. dier punya customer service pon not bad la. tapi dier nie ade sedikit peel la. malas ckit. kejap2 ilang n dier break memang lebey dari sejam. no wonder la dier dah senior coz ramai budak junior yang bole bukak kaunter. dier nie jenis open dan mudah mesra. hri tue 1st time aku tengok dier menangis lepas kena marah dengan nasprima putra. kesian lak aku tengok kakak aku sorang nie. mane tak nye, dier nampak ganaz, ranggi tetibe nangis coz di marahi oleh sorang. kire hati dier lembut jugak la. tak keras mane. luaran dier mmg nampak macam dier stable. kat dalam tetap dier perempuan jugak. dier datang keja ikut mood dier je. nak datang, dier datang. klo tak gitu la sebalik nye. hahaha perintis bingo kat box office. sampaikan temankan dier tunggu tunang nak amik dier lepas balik keja, pon ktorg bole layan bingo. hahaah dier memang perintis bingo kat gsc. ginna memang kakak yang mereng tapi ok.hiks..


.:Mantan taiKi ajLa:.
nie la dier ajla @ aj... aku blaja menulis blog dari dier la.. aku tak sangka plak yang satu hari nanti aku akan menulis blog macam yang ade skrang nie..Aj nie mmg sporting gler dan merupakan graduan dari UM. tapi mase aku kenal dier masih lagi student um dalam bidang eng software..aku klo kuar dengan dier mmg best la. pasti anda akan tergelak jer sbb dier mmg ske wat lawak. kekadang aku tengok dier nie macam anak orang kaya jer. serius aku cakap kat korang, dier punya tempat makan memang korang menakot kan la. secret resipies, food junction dan sebagainya. dia antara orang yang tak penah mengeluh pasal duit kat aku. yang pasti dier pegi n pulang dari keja dengan kereta merah dier. tak salah aku satria merah. hahaha dier nie jarang tau tengok nak marah tapi kalau marah olok-olok tue selalu gak la aku tengok. tapi dier penah marah mase keja. takot gak aku tengok mase tue. ye la kan, orang yang selama ini aku igtkan cool sekali naik angin, klo tak silap aku shidee kot yang wat dier mara n menangis. seyes, aku takot sangat mase tue. mase hari pertama dier masok keja, dah nak bukak kaunter kan, skali aku n dier kena marah dengan mathan sebab soh budak baru bukak kaunter. perangai dier sebenarnye gler2 kalau korang nak tau. Hobi dier ske melancong sambil melihat alam yang luas ini dengan pakej ekonomi. kire bole save bajet la. satu hari ade expo kat pwtc tentang pelancongan tau. skali aj, mas pegi ke sane. punya la banyak aj bawak balik pampelet tentang harga dan tempat percutian. punya la semangat dier. lepas je keja malam tue, tak salah aku kat tepi bomba kat dengan UM. dier sebagai promoter membentangkan satu-satu percutian. memang seronok nak gi bercuti tapi takda duit la. sorie AJ. Tok pengetahuan korang, dier nie dah berpunya..so tak bole nak ngorat dier..hhahaha cukup la aku cter tentang dier.

.:ManTan TaiKo Man:.

Dier nie name penuh Khairul Azman dan student kat UM gak mcm Ajla td. Aku takde gambo dier la sebAb tue la aku tak letak gambo dier. Nak mintak kat dier malu kang dier kate aku nak buat ape la dengan gambo dier. Beliau antara penyokong kuat MU. Bukan Mutusamy Utilizir. salah tue machester united la. Tak salah aku dier amik bidang arkitak klo tak salah aku. Dier nie kat Box office senyap je. juz cakap bila perlu jer. Dier masuk sebagai ahli TaiKo - Taiki nie lepas Shide join. hehe kira beliau nie menambah populasi melayu kat dalam box office. Seorang yang sangat pemurah dengan senyuman. walaupun gaya dan personaliti yang agak macam samseng, tapi sebenarnya beliau memiliki atie yang mulia. aku kate kat korang la. dier nie memang takde perasaan langsung kot sebab aku tak penah tengok dier marah n juz buat muke keras je. memula dier masok box office dulu, aku ingatkan yang ade sorang mat pitt( soriee man sbb ko kurus sgt) baru saja di ambil keja. so macam takot la nak salam dier. skali bler dah kenal, budak UM rupenye. tue la orang kate dont judge a book by it cover. ini la jadi nye tak knal tros aku cakap dier mat pitt. hahaha.. klo duk kat kaunter, dier buat muke keras dier dengan senyuman then buat keja tak pandang kiri kanan. bler la aku nak tengok dier marah pon aku tak tau. dier antara mereka yang suka lepak kat bangsar. aku main taram jer, ntah dier suke ke x? tapi klo tak ajak dier mmg tak salah. kira dier macam penghulu la. kena sentiasa mendapat jemputan makan kenduri. haha tapi kalau dier berceria, best gak la dengan. tambah skit loyar buruk dier. baru lengkap la semua resepi keluarga. aku, ginna dan andy suke gosipkan die n Aj. di mana azman ada mesti ada ajla. hiks, buat pengetahuan semua, diorang takda pape kerna kawan biase je. lagipon si azman nie tak salah aku sudah memiliki calon untuk di bawa kepada mak nye dan yg pasti bukan ajla dan orang lain.

.:ManTan TaiKi Mas:.

memula masuk dulu. aku di suruh training minah nie. hehe name dier mastura. aku tanya kat dier, sape nama? dier cakap la yang name dier mas. aku cakap nak panggil platinium bole? hahah nak buli budak baru la katakan. dier pon kate ape ntah. aku dah lupe lak. dier nie kawan baik kepada aj dan seorang yang bertanggungjawap membawa masok eikin dalam tok menjadi ahli kelab ini. tengok pada rupe dan gaya beliau, macam garang jer. tapi bler kita dah knal minah nie. baru kita tahu yang minah nie tak garang mane pon. seorang yang lemah lembut sgt sgt sgtttt.. tgk berapa banyak aku taip sgt menunjukkan bertapa lembut nye mas tp xde la sampai jadi macam sotong kurita tue. hiks. aku rasa Box oFfice macam bersinar jer sejak mas n ajla masok. maklom la sebelum tue lelaki jer yang ramai. mas nie terlalu sensitip sgt sampai kekadang aku takot nak cakap bahasa kasar kat dier. tapi aku penah la terasa atie dengan si mas nie. serius shit aku sangat2 terasa sampai aku taknak cakap dengan dier klo bole. tp dier mintak maap so aku pong lupew kan. tapi baru-baru nie aku baru tau yang dier merupakan peminat lembu. haha dalam banyak binatang kat dunia nie. lembu gak yang dier minat kang. tapi comel gak kan lembu. kekadang dier pegi keja dengan eikin, penah tau diorang eksiden. kesian nye aku tengok die and eikin. tapi gigih gak berkerja walaupun dalam keadaan sakit hehe. sikap dier yang selebih nye si mas nie terlalu setia kawan. jarang kita nak jupe orang macam nie kan.

.:ManTan TaiKo Azim:.

mamat yang pakai spek mata nie aku panggil dier azim @ budak kecik. ntah nape ek aku pangil dier budak kecik. tak salah aku sebab mase aku masok keja dulu. dia yang paling muda. pastue seingat aku mase 1st day dier training. dah lepas pukul 5 dier tanak balik lg padahal takda kaunter. dier nie memang rajin cari duit mase tue dan slalu OT. Dier nie lebey kurang macam man gak la. masok opis terus buat keja dan takkan borak ape2 pon. aku memang puji ketangkasan dier buat keja. customer services dier pon best sgt. aku memang puji la dier nie punya keja. klo aku customer la, dapat lak yang jual tiket macam nie. lagi la best. dier memang baik dan yang penting tak penah tinggal solat. mase break dier agak lame ckit sbb dier akan solat dulu. jarang la staff bo yang kuat beribadat mcm dier maklom r, smue jenis ranggi dan poyo. tapi dier memang kuat beribadat. dier skrg nie student lagi.. tak tau r ade awek lagi ke ..hehehe..

.:ManTan TaiKo Apis:.

nie la name dier apis. dier nie dua kali kuar masok keja balik. umur dalam 22 tahun kot taun nie tapi memiliki fikiran yang matang. skrang nie dier tengah study kat politeknik tanjung malim tak salah aku. orang perak. dier nie merupakan orang kuat dan member tgk wayang sir stanley. kire diorang berdua nie kamcing la. hahah macam aur dan tebing. aku ske r dengan dier bercerita klo korang nak tau. dier cter ckit pastue mesti ade lucah. kalau tak sikit mesti banyak lucah yang di kuarkan. bukan la maksud aku nak burukan dier. tp sifat sebenar dier. hiks maybe tunggu kawin baru ilang sifat tue. dier nie memang kire playboy la dalam BO. walaupon muke kureng encem, taip2 hari dapat tapau dari customer. kire mulot dier nie manis la. sampaikan customer pon dier ngorat. apis...apis....memula dier nak berenti dulu. smue orang sedey. kire dier nie malam buat BO ceria la. hahha lepas dier berenti, dier msok balik keja kat gsc mid valley. datang je dier. keluar la lawak2 lucah. memang best sbb dier nie ske bercerita. kire dier nie ar yang mengajar aku dan budak bo lain yam cha. tempat favourate dier kat jalan telawi, bangsar. sampai sekarang klo nak lepak ke, kat situ la port kitorang makan, minum. kat nasi lemak famous. sambil borak sambil makan sambil dengar cter apis. dier la penglipur lara gsc. apis..

.:TaiKo ZaiNi:.

budak nye lemah lembut dan sedikit gemalai. zaini @ andy. aku yang suruh dier masuk keja gsc sbb aku bosan takde kawan. mase tue kurang sangat orang melayu dan aku tak tau nak cakap n break dengan sape. so, aku suro la andy gi mohon keja kat gsc. then dapat lak tue. keja kat satu department. Box office. ape lagi, jadi setan la dedua nie. dier nie memang baik dr aku knal dulu tapi senang terasa ati. banyak kali gak aku saje usik2 dier skali taknak cakap dengan aku. sonok cakap dengan dier sebab dier jenis klakor sgt. masih lagi berkerja dan berharap dapat memegang sijil best employee. aku tengok dier sekarang nie rajin berkerja dan susah nak ajak hang out bersama2. takpe la. dier pon rajin keja n nak cari duit lebey kot. hehe


.:TaiKo Shidee:.

dari pandangan pertama macam seorang yang pendiam tapi sebenarnya seorang yang kelakar, suke borak dan menghiburkan. pada pagi nye beliau memiliki kerjaya yang lain dan malam nye merupakan partime di box office jugak. skali dier buka cerita, round table mesti pecah perut dengan cerita dier. mengantikan tempat apis sebagai penglipur lara. selama nie dier senyap je kan. maybe penat berkerja seharian. masa bulan puasa, beliau suke membawa tapau ke tempat keja. martabak, air tembikai dan memacam lagi. ktorg pon tumpang sekaki gak la. maklom r, orang membawa kita merasa. tapi shidee nie tak kisah pon siap offer lg. segan gak kekadang nak amik makanan dier sbb dier bawak susah2 kan. tapi no wonder la. janji dier ok..berehhh..

.:TaiKi Eikin:.

budak kelahiran johor ini. memula dulu masok kat Box office time aku tengah cuti dua minggu. hiks, aku msok jer dier dah ade. adik kesayangan @ emas kepada kepada mastura. b4 knal dier dulu, aku rasa macam tak bole masuk je dengan budak nie. ye la kan. macam sombong jer. aku ingat dier nie pendiam ke ape. tapi serius dier buat bodo jer dengan aku mase tue. aku pon kate kat andy, sombong nyer budak UM yang baru tue. si andy lak cakap, dier tak knal ko kot, ko masok kecoh2 tue yang buat orang tak ske ko tue mel.. hahaha aku pong terime je la. tak tegur sangat si eikin. lepas dah lame knal dier. borak dengan dier baru aku tau yang dier nie lebih kurang si mas jer. bukan dari segi perangai, tp mulot. banyak cerita gak dier nie. dier sentiasa merempit dengan akak dier ke gsc. dier ade skuter ego. aku nak pinjam dier tak kasi. kedekut btoi tapi sebenar nye dier sayang harta dier. bapak dier susah beli aku lak nak pinjam kan. Simple dan ala kadar je aku bole kate dier pada pertama aku melihat dier. maybe tue yang dapat aku lihat la. dier nie merempit, masya Allah laju btoi. Dier nie memang kaki wayang coz tiap kali aku tengok wayang mesti terserempak dengan dier gak. tp dier tak sorang la mesti dengan member ke boifren aku tak tau. eikin nie jarang shotage mase keja dulu kira dier teliti la. dier msok ke Box office lebih menceriakan lagi Box office coz selalu kena usik. hahah sonok la teringat dedulu kat Box office.

.:TaiKi Farah Hani:.
budak yang muke ala2 mix nie. farah nama dier. aku knal dier sbb dier budak pagi n dier rapat dengan alex n nazmi. dari situ dier aku knal dier. lelagi dier ske pakai cekak pegi keja lagi nampak kemas. lagi pon box office mane ramai sangat pekeja perempuan. hiks. dier nie awek kepada Adli, supervior kat concension. alex panggil dier itek sbb adli lak diorang panggil angsa. hahah si farah nie mmg atie lembut gler... skit2 meleleh jer air mata tue. kena mara customer nangis gak, gaduh dengan boifren pon nangis. kire dier nie ratu air mata Box office la. hiks, dalam sebulan mesti ade sehari dier akan meleleh air mata. maklom la, air matakan senjata wanita. tapi dier punya mulot memang la. kelas gler. kelakar n kekadang mengenakan orang tepat pada muka.. hahah sonok kawan dengan dier nie.

.:TaiKo Alex:.

kecik2 cili padi. nie la alex. salah seorang senior yang dah keja kat gsc nie. keja dekat 4 taun k.. tapi tak penah dapat bes employee.. kate beliau dier tak layak tok smue. poyo jer klau aku tengok gaji dier rm4.10 sejam. alex nie seorang yang ceria dan appy jer. memang klakar la klo kuar dengan dier nie. memiliki badan yang berotot 6 pack kat perut dier. dier cukup bangga dengan ape yang di miliki. dier tak pnh rasa diri nye diri nye kerdil sbb penghalang tok dier terus idup. sikap dier yang selalu confident menyebabkan aku bangga. dier kalau marah memang aku pon takot. alex nie kalau orang dah janji dengan dier mesti kena tunai. tue yang bahaya kalau berjanji dengan alex nie. seboleh2 dier nak orang tunaikan janji tue. tapi dier takde la zalim mane gak.. hahaha alex is the cuteiest guy yg penah aku jupe..prasan lak nanti...

.:TaiKo Nazmi:.

mamat yang muke ala2 sengal ckit. tapi bler dah knal lebey lame baru aku tau yang dier nie berpotensi beso untuk menjadi orang beso kat gsc mid valley. mase 1st aku datang interview tue, aku duk tepi dier la. senyap jer. kalau skrang nie lak, dier dah dapat tawaran menjadi crew leader kat bahagian consension lak. hahah dier memang gler keja n gler wat OT. aku tak heran la klo satu hari nanti dier akan menjadi salah sorang beso kat gsc mid valley kerana kerajinan dier berkerja dan kesungguhan dalam beliau berkerja. klo pegi gcs mid valley, kat bahagian makanan kecik2 dan pendek...pakai spek mata. dier la tue. sekarang dah menjaga stor untuk bahagian makanan. cepat btol dier naik pangkat yer. penah dapat best employee tok bulan august. kirenye b4 aku dier naik dulu. pastue baru aku naik lsk. aku sejak ade budak2 baru kat BO nie mcm dah lupewkan dier jer...hahahaah bukan lupe tapi berubah angin jer nazmi.. pastue lak kan dier dah bertukar department dari BO ke consession. kire macam dah terpisah jauhh la ckit...hikss....

tue la serba sedikit tentang taiko taiki kat gsc mid valley, ktorg bukan nye along, tp tolong kasi services yang terbaik. klo ikot kan ramai sangat aku nak tulis dalam blog nie. ruben,kak citi consension, alex gold cluss,shazwan, azwan, din, naz,yoges,, fairil,cik mail,sir boi..kie klo nak menaip blog nie mmg takde mase la.. tak pe la janji kita smue yang ter best n terbaik kerana dapat berkenalan dalam keluarga GSC mid valley.. peace korang..sonok dapat knal korang yg mesra alam...terlebey peramah sampai aku tak jemu idoop nie dan terasa rindu bler dah berenti skrang nie

"Who Da Best"
"GSC Mid Valley"

Aummmmmmmmmmmmmm.....BYe N TaKe sMue



"NEXT CUSTOMER PLEASE"








Monday, January 26, 2009

Cian Kat Moto aku iNi

Wahhh kalau korang pegi kat mcdonald ajer jer burger prosperity jer... maksod nye tahun baru cina dan taun baru nak sampai la tue.. hari seluruh penduduk malaysia yang berbangsa cina menyambut tahun baru mereka... tahun ini di kire taun lembu kalau tak salah aku... kami yang melayu turun serta meraikan mereka yang menyambut perayaan ini.. maklum saja la.. malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk dan kepelbagaian.. so tidak dapat lari daripada itu.. hormat menghormati sesama kaum agar tiada dendam, iri hati dan sebagai nye dalam idup kita sebagai rakyat malaysia yang berbilang bangsa... slamat menyambut tahun baru buat mereka.. kalau dapat kotak limau sepeti tuk keluarga saya, lagi best...hahahahahah prasaan sungguh aku nak dapat kotak limau kan..hiks...

aku hari nie taknak cter ttg perayaan tahun baru cina kat malaysia.. tapi cuti yang terlalu lame yang menyebabkan aku bosan... kalau dulu aku keja so mase seharian rase mcm cepat jer berlalu dengan customer... macam skrang nie aku rase mcm lame gler laaa....adoii keja aku ape lagi...mengadap komputer dan main internet jer la...aku bole tak tido semalaman juz kerana tak main internet... abis tue nak buat ape lagi kan... kekawan sume rajin lak sambut raye cina kat kampung... orang cina tak blik lg tuk makan besar, diorang dah balik dulu... aiyakkkk.... memacam ler korang nie... bosan laa weiii.....nak di jadikan cerita, hari nie aku mendapat tau yang moto kesayangan aku ini cedera parah... aduhh kaki nye didapati geylung dan amat membahayakan kepada setiap penunggang nye.. kire tak selamat la tue seseorang itu menaik... alamak macam mane nie.. aku tak bole hidup tanpa moto kesayangan ini..dier la selama ini setia membawa aku pulang dan pegi ke kelas di machang... bertapa bagus nye moto ini sampai aku sayang gler, aku bawak dari kl ke kelate, alhamdulilah takde pape pon berlaku..tayar tak bocor...pastue enjin ok.....dier la peneman aku klo aku aku kelaparan dan ingin pergi ke kedai makan...ibarat moto ini benda utame la... my baby no brp ntah...tak kisah la ia buruk ke x, janji aku sayang moto nie...

aku dapat motor nie mase form 6 dulu.. aku bukan nak sangat gi form 6, tp bosan duk umah, so aku pon gi form 6.. ayah aku kesian sgt tgk aku ulang alik naik bus, dua bus lak tukar2 dari umah ke sekolah, ayah aku pon menghadiahkan moto nie kat aku... dier soh pilih...aku tak sampai atie nak pilih yang mahal2, ye la kan... ayat aku bukan nye orang berada.. aku plh moto yang plg murah tp bkn kriss... aku tak minat kriss sbb berat sgt laa... lgpon payah tok org tinggi macam aku nie nak pakai moto tue...rase macam gajah duk atas kuda pastue pakai kura2 atas pale...hahahahahaahahahahahahaah lawak la plakk.... tak slah aku dlm rm3000 kot moto tue... xde orang pakai lagi mase tue...kire moto nie makcik2 gi pasar laa....hahahahaahah aku pakai jer dr aku kena naik bus...masyoik lagi penat k.....thank my dad 4 tat motor....gambo atas tue mase baru beli moto la...hahahaha

skarang dier nye rim dah geylung.... nak kena ganti kot dengan tayar depan n blakang dah botak....bahaye gak klo bawak hujan2...ade skali macam nak jatuh jer aku bawak....berderau darah aku ketika tue....banyak kot kali nie moto nie nak makan duit aku....takpe laa...janji aku slamat pegi dan balik ke rumah.... motif from this story : walaupun kita sedia maklum kat kuala lumpur, laluan sikal dan shah alam banyak lubang2 yang berbahaya, namun kita harus bersedia untuk mengelak lubang itu dan jikalau tidak di elak, padah jawap nye..hahahaha


tata n take care....

titus_1704

Sunday, January 25, 2009

iLang nye life sebagai CounteR boiii...

" Good Evening sir/madam"

"Welcome to Gsc"

" RM20 please"

"Thank you, enjoy your movie"

salam smue pembaca blog..tue dier patron adressing techinqie... btoi ke ejaan aku tue.. lantak ler... hahahaah klo korang keja kat mane2 gsc la kang... benda tue yang akan menjadi perkara pokok laa.... macam ayat penting la... klo tak cukup jer ayat tue.... dapat lak misteri customer...mau dier report kat HQ mengatakan budak ini tidak membuat perkerjaan dengan betul... lepas tue mr lee panggil.....kak malar lak panggill....aiyooo penin pale aku kangg... nak menjawap smue tue....tapi klo dapat markah elok pon belum tentu bole dapat ape yang diorang nak kan... kita manusia tak pnh puas dengan ape yang ada skrg nie... huhuh pandai aku menaip.. hahaha

setelah lapan bulan aku berkerja di sini... tempat yang memberi kan aku kewangan setiap dua minggu sekali nie... akhir nye aku meninggalkan ia jugak.... 4 januari 2009 tarikh yang takkan dapat aku lupakan apabila terpaksa menghantar vest, nametag dan surat resign.. adoii sedey la plak bler mengingati tarikh nie....sob...sobb...... aku akhir nye meletak jawatan sebagai partime di gsc mid valley....cukup menyedihkan perkara ini berlaku...macam tak caya jer apa yang sedang aku tempuh ini.. pada pagi itu, kak bibi ada dan beliau la yang bertanggungjawap untuk menerima surat peletakan jawatan aku... tergetar2 gak tangan aku mase nak kasi surat tue... hati ini berat untuk menerima nye tapi apa kan daya, aku akan meninggalkan jugak box office demi pelajaran...

sebulan yang lalu....

mase tue customer takde, aku dok borak2 dengan apis... bercerita nak bercuti n sambung blaja.. tetibe kak malar lalu, aku pon terus tanye kat dier... kak malar kalau sy nak cuti dua bulan bole x? dier pon ckp, undang-undang baru skrang nie tak membenarkan partime employee cuti lebih dua bulan la sahimel... awak kena berenti lepas dua bulan itu awak masuk blik berkerja. tapi gaji akan kembali kepada yang asal.. tidak kire lah awak nie best employee ke ape...aku tercengang dengan undang-undang yang di buat......balik tue mmg aku kusut gler la memikirkan nak berenti or nak plh blaja...kire aku nie macam orang matie bini la... dok temenung.... tringat kat arwahh bini...cewahhh cter drama la pulak...huhuh

aku dok fikir punya fikir..aku terpakse buat pengorbanan demi pelajaran yang skarang... sebab pelajaran lebih penting kerana ia akan menjamin perjalanan hidup aku pada masa depan... keja partime nie bole datang dan pergi...bler2 mase sahaja... aku just apply sbb aku dah ade skill kat kaunter dan smue nye.. aku amik keputusan tuk kuar dar gsc selepas berfikir banyak...

sebulan selepas di atas, kira 4 januari tue laa,

aku dok berangan ke sebulan lepas rupenye...haahaha kak bibi kasi rm50 kat aku...wahh eppy nyer dapat wit nie...hiks siap2 pen2 aku pon dier rembat nie...hahahahaha tapi tak per....tak kisah pon... janji dapat rm50 sbb pulang kan uniform lik...sonok gak.. wlpon dalam atie ade sedikit sedey tp aku terus berlalu dgn perasaan sedey...bye bye gsc

"next plz"


JouRney to TumpAt

Salam smue... aku dok hari nie tetibe teringat la cter mase kat diplomA dedulu... kat uitm machang...kelate sane... sape kate orang kl tak bole duk sane.....tp bole saje sbb smue tue macam pengalaman yang mengajar aku erti idop yang lebey mendewasakan....

hahaha tue bukan motif utama aku taip blog nie...nak cter tentang mase aku gi kat tumpat hri tue...hahaahh mase tue cuti maulidur rasul bersama-sama dengan cuti al-sultan kelantan...so dekat 4 hari cuti...so aku malas nak balik kl mase tue... dah la penat, mesti banyak duit habis... so aku pon berjalan2 laa kat kelate dengan kawan aku..

1st day cuti 2,hari jumaat…30/3/2007..aku terbongkang lagi pagi tuw..dah la xde orang kat kolej, so sunyi la dari bunyi yang menganggu tido.aku bgn nak mandi, tgk² dah kul 12.30am.uish dah lewat nak mandi nak gi solat jummat.slamat xde org.Pas jumaat mula la event aku..aku n gang pn gerak ke jeram linANG.. mandi.. menyelam pueh²,tetiba je lapo.ktorg rse nak gi makan kfc lak. tros pecut ke tanah merah.mmg gler la.keputusan bidan terjun.tapi pueh dpt bjalan.mlm 2 gi tanah merah lg.antor kak echa balik lak.tetibe pkr nak gi umah sue.hee aku pun contak dier n invite beberape org bdk komander aku.hehe dier lak kasi green light lak.bgus esok ade event lg.hehe

2nd day cuti, 31/3/2007.aku bgn awal lak, biase nyer pas subuh tros tdo x sedar diri.nak gi umah cik puan sue la katekan.aku mandi tros gi bilik sholihin @eHin.La mamat niw terbongkang lg.uish aku tengok dah kul 11 lebey niw bole tdo lagi..hehe aku kejot je..kelam kabot mamat 2..aku juz nak suro tmankan dier g amik keta je..hehe pas dier bgn n mandi, tros gi amik keta.aku bwak keta naik atas..uish gerun gak coz dah lame x bawak..hehe pastuw parking la nak tunggu org

ak n ehin, tros gi bilik epul dlu..tgk dier dah ready dah..wokey, nak gi kejotkn sorg lagi komander aku..khairi..uish ktorg sampai blik dier lentok lg..kejot² dier xnak bangun gak..tnggal je org yg tdo niw.hehe maap ek khairi, x bermaksod pn nak meninggalkan kamu..ktorg nak mulakan pjalanan..uish Doa dlu..syoik nyer..perut semua dah lapo niw..nak makan jer niw..hehee

gi umah sue, kat dpn uitm ade xcident lak.ceh macam petande burok lak.van langgar dgn keta.tgk cam ade yang mati je.mesti kuat dentuman tuw.wat bodo je la kang kurafat lak org kate.sampai kat caltex, ktorg isi minyak rm5.tros mulakan perjalanan ke umah sue.pas lalu pesawat elektrik n memcam lagi, kotrg sesat.maklum r xde org kelate juz berpandukn pada SMS sue je ktorg lalu..hehe gamble je gi sane tuw.akhir sampai gak kat umah dier.x rugi aku sesat n memcam lagi.rumah sue mmg lawa.pemandangan dier.suke sgt untuk aku org kl.suasana dier mmg best la.ktorg disambot bek oleh parents dier..ktorg makan tengahari kat situ..byk gak lauk yang sue masak..gulai, sayur n memcam lagi la.aku mmg terkezut la cam nak jemput orang jauh lak…thank sue..pastuw tetibe je dpt idea nak gi umah tn azli..alik² smue setuju je nak gi sane..diorg mmg bes la..heheh destinasi seterus nyer, heheh umah tuan azli..

sue nak gi kb, so dier follow ktorg gak..pertambahan la lagi sorang kat ktorg nyer ahli dalam keta…ktorg dah said buBye kat family sue..mula la episod white castle..hehe aku pelik r, tiap keta yang lalu mesti hon keta ktorg, pastuw diorg tengok kat ktorg..pelik la gak kan, la ruper nyer tayar keta pancit la..ehhee masalah btoi la..sabo je la..abang jande kasi aku keta camnie..memang siot…ktorg berenti kat workshop, ceh makenik xde lak, tpakse la abg² dlm keta 2 wat sendrie.epul pun memasang jek keta, ehin lak mencabut tayar keta..aku mengeluarkan tayar spear..sue lak duduk bercerita di tepi.hehe sian aku tgk kekawan aku, epul n ehin… gigih memasang tayar..sampai berpeluh-peluh aku melihatnyer..aku mintak maap my pren, x jangke pun jadi camnie k..siap je pasang tayar 2, ktorg pn troskn perjalanan nyer..

Journey harus di troskan lagi, aku bru teringat yang minyak td ktorg isi juz rm5, aku tnye kat epul, cukup ker minyak, blom abis aku nyer, epul kate "serius nie keta dah berenti, minyak abis"… alahai cabaran ke-2..mencari minyak, dah ler dah dekat dgn pasir mas..ckit je lagi..tersadai kami kat tepi jalan..epul n ehin, gi la diorg crie minyak, huhu gi pinjam kat org kedai moto..ak n sue jage keta..mase 2 sue contak fateen..punya la baik komander bpc nie, fateen datang bersama dengan ibu n adik perempuan nyer..mmg aku tak sangke, mesra sungguh kami komander pbsm..ibarat sekeluarga, saling bantu membantu..hehe thank fateen coz datang jeguk kami yang tersadai nyer..hehe tak lame lepas tue, ehin n epul pun datang memberi bantuan minyak..Fuhh abis sudah penderita ke-2..

Destinasi x sampai lagi, tapi mase dah banyak terbuang kat jalan nie..hehe sabo je la dgn dugaan tue, ktorg antor sue kat kb, pastue tros ke umah tuan azli..wa, kami di sambot dgn makanan WESTERN la kat umah tuan lie, hehe besor gak umah tuan lie. kire orang berada la tuan lie nie. nak cari umah dier pn sesat gak, ye la 1st time wat journey niw..hehe pastuw ktorg gi amik angin kat tepi sungai golok, oh terlupa, destinasi kitorg setros nyer ke…UMah S.U.Z.I..salmi…heheh kat Geting, jalan ke sane mmg banyak WAT² or tokong orang buddha la.ade yang patut duduk, baring la..gerun lak aku tgk..hehe tapi tringin lak nak bgambo kat citu..tp one day nanti..nak gi umah suzi pn awal lagi, so tat.ktorg tros ke tepi sungai golok dulu..kat jeti imigsen..borak, bergambo dulu kat situ..aku tgk smue muke penat..epul dgn keletihan memandu, ehin keletihan tapi dier tetap ePy.hehe..lame gak duk kat tepi sungai golok,dlm 20 minit kot!!pastuw ktorg gi pasar malam kat umah suzi..katenyer suzi ade kat situ..LEt go, up up and away!!hehe zooOmm keta kancil itu melangkah pergi!!

Hehe at pasar malam, dah nampak suzi n his sister, kak eja kot x salah aku…mmg baik r dier cam suzi gak!mmg pelik la makanan dier..huhu x sangke btoi r dpt jumpe apam telur, pastuw sosej yang giler babi beso, pastuw dgn pulot warne merah..uishh klo aku selalu g tumpat, mau je aku bertambah gemok n lagi n lagi..mmg bley jadi makanan feveret r..teruja btoi aku gi sane.ikot kan atie nak beli je smue kat situ, tapi tkot x ckup duet lak!! hehe

pas duk beli belah, gi umah suzi, hehe kat umah cam banglo…bru aku tau yang tiap komander bpc nie anak orang kaye rupenyer..myBe aku jer kot yang dari keluarga sederhaha, tapi alhamdulilah, aku cukup makan n pakaian n badan aku tetap gemOk tande ayah aku bagi cukup makan..heheh beso gak la umah suzi, klo org perempuan mesti masok tiap² bilik sampai ke jamban pn gurl akan masok nak tngok gak..aku juz tgk luar je la dah taw, besor rumah tue.ktorg makan.Tutuuutup dapat idea nak gi umah yaty, xde la jauh sgt juz kat wakaf mek zainab jer,call dier tgk² dier angkat lak..dier kasi gak dtg umah dier…rezeki r jawap nyer..pastuw solat magrib kat sane..hehe mase solat magrib, mmg kelakor r, ye la semua yang dtg xnak jadi imam.ayah suzi selaku ketua rumah, mengambil tempat sbg imam…hehe dah ler xnak jadi imam, xnak iqamah lak 2..heheh memcam la..pas solat, borak dgn ayah n mak suzi kejap..mmg peramah la diorg nie..sempoi lak 2..tabik spring kat parents suzi.pastuw kami mengerakkan diri dulu untuk ke rumah yaty lak.

Alahai, kami sesat lagi mencari rumah yaty, epul pun parking kat tepi coz nak tepon yaty jap, skali pe sudah jadi, xle nak stat lak keta 2, tpakse di tolak oleh aku, eHin n abg Lie.. 1st try tolak, ek eleh xnak idop lak, 2nd try, epul suro aku driver n diorg lak tolak..hehe xtau pe jadi tetibe lak keta sengget lak..abg lie n ehin kate, tak payah suro aku bawak la..epul take over keta balik n then ktorg tolak, idup keya 2!! hehe tros gi umah yaty..

kat umah yaty, disambot mesra oleh ayah n umi yaty..ktorg agak truja gak..mmg btoi hipotesis aku tadi..semua komander bpc mmg kaye belako.aku x nafi kan..lawa gak umah yaty..mak dier tgh susun kek, then yaty lak hidang air kat ktrog..dgn kek tadi..kek 2 mmg sedap r..aku mmg ske kek camnie..dgn muke tak malu nyer, dgn wajah selamber mintak resepi kat mak yaty..emel mmg gler r..hehe nak wat camne kan..klo x gler, xdpt r resepi..hehe lame gak borak kat umah yaty, blik la ktorg..keta xleh nak idup, terpakse la mintak tolong kat pakcik yaty untuk tolak bersama..aduh malu nyer aku..wat slamber je..ktorg abg lie balik bru lah ktorg balik uitm smula

dlm perjalanan tue, memacam la borak..aku ingat nak tdo..tpi kesian kat epul n ehin yg lebih penat..aku pon borak r dgn diorg dari kb sampai machang..memcm r ktorg borak..ktorg smpai uitm lagi 5 minit nak kul 12..huhuhu cukup setengah hari aku n keta bodoh 2..xpe la janji aku pueh berjalan..hehe keta yang mmg xleh dimaap kan yang telah menyusahkan member aku..sampai bilik, bru aku tringat yang aku lupe nak blanje epul n ehin makan td..alhai, sowie sgt kawan, aku dah ade niat nak blanje korg..tp lupe lak..xpe len kali.aku mandi..mlm 2 aku tdo dgn kepenatan dan kepuasan kerana dapat bjalan dgn tumpat..tp objektif cari umah kampung tidak berjaya.

pe hal pun, journey to tumpat nie mmg menguji kesabaran ktorg yang melalui nyer.. Sue, abg lie,epul,ehin n emel..aku terkezut dgn kesudian komander bpc seperti sue,abg lie,fateen,suzi n yaty menerima kedatangan ktorg..mmg ape yang aku boleh kate, ape yang RADIE nak untuk bpc sebuah keluarga seakan tercapai..pasnie klo korang dtg kL, jemput dtg umah aku..aku sedia menerima kehadiran korang.Wat epul n ehin, thanks selot la..korang bazirkan mase korang untuk aku..terharu sgt² kat dalam atie aku..dah la mase korag ilang, bahkan cewah ayat power tue… bahkan tenage and ntah pe lagi ntah yang korg ilang mase kite gi journey!!mmg aku akan respek korang as my pren..jike ade masalah, kontak r aku k!Insyallah klo bole aku bantu, akan aku bantu..sedey je ayat nie…hehe persahabatan bpc xkan berakhir di sini sahaje…

tata n adios

TUmpat is the gooD place to go!!

Kita meMang Semakin zalim


klau kita bce dlm mastika..mmg byk la kisah yg bole kita nampak kat cnie..pe yg aku nak rungkai kn kat cnie ttg pengalam aku jd pembantu tanpa gaji kat rumah org tua² mase cuti semester diploma..mmg sedih melihat keadaan seorang ibu atau bapa di penghujung hanye di temani oleh pembantu mcm aku. sebenar nyer yg lebih berhak adelah anak² mereka yang entah ke mane..mencampak ibu ataw bapa yg sedang uzur ini di sini… hanya kerana alasan terlalu sibuk smpai tiada mase utk menjage orang tua mereka.. pagi aku kuar rumah, bersama dengan nazatang yg merah itu, aku menunggang sampai r ke umah org tua² itu..dlm langit mula beransur cerah itu, aku pergi.. di sne seawal 7 pagi lagi kami akan membawa pakcik n makcik tue bersenam..ade cikgu yg mengajar taici.. sesuai la dgn orang tua..kami pon sesame join lak…seronok.. pastue mcm biase la. akttivit bagaikan dah dirancang n jadualkan oleh pengurusan. tiade ape yg dpt kami buat.. ade sarapan pagi..ketika ini mmg meguji kesabaran kami..yelakan, selera orang tua. nak makan itu..nak makan ini.. kekadang aku menitis air mate melihat diorang..aku kate kat pakcik n makcik tue, sabo ye..kita mkn je same ek… sedap sebenar nyer makanan yg di sediakan tp orang tua dgn kerenah nyer..aku tetap bersabo.. ketika itu ade orang akan mengurus cadar katil la..memcm la.. aku akan duk rapat dgn orang tua itu..ade ketika dier memanggil aku dgn name yg len. aku tnye balik, sape orang yg pakcik pgl. dier kate anak dier.. dier rindu sgt..aku pon terus peluk pakcik tue.. xpe la pakcik, tumpang je kasih syg anak kat sy. kekadang mereka ada yg kate, agk nyer cucu ye skrg dah besar sy dah.. hm…sedih aku dgr..tp ape kan daye aku..aku hanya mampu melihat..baru aku sedar yg anak mase kini kurang ajar kerana sangggup megabaikan parents diorang..orang yg bawak diorang ke dunia nie..aku nie la jadi penghibur diorang..dengar pengalaman diorang..lihat diorang bercerita, aku teringatkan arwah datuk aku… sorang aku sempat jupe, sorang lg dah meningal mase aku kecik..aku kekadang melayan je certia diorang… kekadang pe yg dpt aku lihat, diorang seperti ske dimanje kan…di belai selalu..ske diberi perhatian kan..mmg mcm kekanak kecik..smpai pukul 4 aku pon pulang ke rumah dgn harapan adelah anak yg akan jengguk ibu n ayah dier nanti kat cnie.. diorang sgt rindukan kamu…aku mmg kekadg tue menangis giler diorang crite ttg kisah diorang…aku bercerita kat ibu n ayah aku perihal mereka…sebak…kekadang aku wat kerja sukarelawan ini wat aku lagi hepy.. bergaul bersame orang tua…anak² semua… ingat la, bler kita melayan ibu n ayah kita sebegini, percaye la nanti kita pn menerima nasib yg same..harap maklum’

yg benar

titus1704