Friday, May 31, 2013

Yeahhh i am got my master... Call me Master titus!!!

Assalamualaikum semua... First time menaip blog daripada ipad ni. Wakakaka lepas ni selalu la aku update blog ni. Wakaka alhamdulilah, dah habis master aku. Terima kasih untuk ibu dan ayah ku yang terlalu banyak memberi sokongon moral dan money. Hihih maklom la time tu dah tak keja so duit pon kurang. Tp dorang yang tak maw kasi aku keja. Haha aku pon ape lagi mengambil kesempatan. Cewahh.. Gambo yang atas sekali mase diploma, blaja kat uitm machang kelate tp konvo kat uitm shah alam. Tahun tu 2008 klo tak salah aku. Teringat lagi mase tu. ade krisis ekonomi yang sangat teruk dalam keluarga aku. Klo teringat balik kisah time tu. rase nak menangis air mata. Beberapa hari sebelum konvo ni, ayah dan ibu jual kereta, so dorang datang merempit je dari gombak. Mulanya aku tak maw kasi dorang datang, kesian kan jauh jarak dari gombak ke shah alam. Tp dorang gagah nak pergi. Maklom lah nak melihat anak bongsu mereka menerima segulung diploma. Hihihi.

Gambo yang second tu mase kat uitm shah alam gak, mase tu aku menerima segulung ijazah matematik. Alhamdulilah mase ne semua berada dalam keadaan baik. Tengok saja la saiz badan ibu aku daripada s ke m kot. Maklom la.. Happy sangat kan. Bersyukur sangat, wlpun mase itu aku berkerja sambil blaja, tp aku dapat menamatkan jugak ijazah aku. Memang penat tapi aku harungi jugak demi ibu dan ayah aku sanggup je. Gambo tue di ambil pada 2010. 
Dari atas : Diploma 2008, Degree 2010 dan Master 2013
Lepas je habis degree, aku keja partime kat TGV. Hihih maklom la bidang wayang ni mmg tak bole lari daripada hidup aku. Melekat keja kat situ smpai setahun lebih. 2011 terbukak hati nak sambung ke peringkat seterus nya. Mase tu kawan aku, hamzah mengoffer aku untuk smbg bersama di USM. Aku pon fikir byk gak la then tros amik keputusan untuk sambung. tukar balik daripada matematik ke statistik. hahahah Alhamdulilah, setelah berhempas pulas selama setaun setengah, akhir nye awal tahun 2013 menlakar sejarah dalam hidup aku. Di anugerahkan sebagai master of statistics daripada Universiti Sains Malaysia. Wowww universiti APEX tu. wakakaka alhamdulilah. 

Didalam dewan Konvo

Terima kasih Ayah dan Ibu sebab membesarkan aku walaupun tidak mewah tapi cukup untuk pakai dan makan. Aku sebagai anak mungkin tidak terbalas jasa yang telah di beri dari aku lahir sehingga sekadar. Terlalu besar. Anak mu ini kita sudah ada master, biarlah sedara mara mencaci ibu dan ayah, bersabar lah kerna dunia ini sementara. Ibu dan ayah, imel berjaya banggakan ibu dan ayah dengan menjadi cucu pertama RAKIAH n HASSAN, SAID n MAIMUNAH yg berjaya mengenggam segulung master. Walaupun tidak sejauh bath, tapi aku memiliki jugak. Apalah guna pergi luar negara kalau hanya mendapat cukup makan dan balik ke Malaysia menanggung hutang setengah juta ringgit malaysia. Malaysia pun ada jugak.
Regards,
Mr Titus ^,^