Sunday, March 22, 2015

My Bestie Adelah Yang Terbaik


Assalamualaikum....


Dari kiri : Ginna, Aku, Jiji & Farah
Sahabat baik bole di definisi kan sebagai teman yang kita selesa dan gembira bersamanya. Tak kisah la macam mana mulot mereka.. Tak kisah berapa kasar mereka bergurau. Tapi kita akan rase selesa dengan mereka. Itu la kami. InsyaAllah akan menjadi sahabat baik selamanye.  Lame gler dah kenal dorang ni. mase tu smue masih mude remaja. sekarang dah tua kerepot hahah. dari aku gemok mcm tomato sekarang dah slim macam tiang lampu. Oleh kerna kami semua dah lame tak jumpe, sehari sebelum tahun baru cina, tetibe kitorg wat planning tergempar. Dalam group whatsup yang hanye ade kami berempat je. hahah lawak plak sebab perlu ke nak wat group whatsup pdhl berempat je. Let campak balik (#throwback) tentang sejarah kami perkenalan. Aku kenal gina n farah mase keja same dengan die kat gsc mid valley, si ginna biase la dengan rock dier. Nak tau lebih lanjut tentang ginna sila tengok entry taiko taiki gsc mid valley ye.. Farah dgn blur dier sbb dier sll pasang earphone so tak dgr ape orang cakap. Jiji ni kitaorang kenal mase kat mcd mid valley, dier member kepada farah, tup tup jadi suami.. mase tu mamat ni selebet ckit dengan gitar. sekarang dah korea. yang penting, dorang berdua memang sempoi gile. tambah ginna yang gamat kan keadaan. group ni jadi kecoh walaupun kecik ye. hahaha

Patut nye aku n ginna gi lunch kat klcc.. dah janji nak pegi alik2 ginna tak dapat datang.. then set nak makan kat mid valley.. kol 2 tak salah aku. Alik2 aku yang paling jauh dah sampai. dorang tak sampai lagi. Aku nak troll dorang la, cakap opss aku tak jadi datang.. skali tengok2 farah n jiji xle datang dan ginna pon rase nak demam.. aku kate, sudahh dorang nak kena ni.. hahaha aku pon nak patah balik dengan hati kecewa. alik2 otw jalan bertembung dengan jiji n farah. kantoi kami. kate td tak dapat datang hahaha. then call ginna cakap datang la aku sorang ni sbb farah n jiji tak dapat datang konon nye. time tu semua dah gelak pecah perut. hahaha.  sok punya la lambat si ginna dtg. ktorg tunggu kt mid valley south. dier sampai bole dier tegur aku, siap tnye mana farah n jiji. padahal farah n jiji ade kt tepi. ape lagi mau la tergelak besar kami kat situ. mentang2 farah n jiji dah kecik. 

So kitorg amik pegi lunch dlu. kat RESTOREN BELANGA, area LG midvalley n garden. makanan situ kebanyakan more to pantai timur. sangat terbaik ok. aku time tu makan nasi ayam kerutuk. one of kelantanese dish yg memang favourite aku mase belajar kat Uitm Machang dulu. Ginaa order asam pedas walhal beliau tak makan pedas, Farah pula order nasi lemak pandan dan jiji order rice to wenesday a.k.a nasi kerabu la. hahahah... So dorang ni mula la buat borak macam orang gila. tergelak besar. hamboi2 sekarang farah dah pandai bahan aku ni. hahah good job my fren. si ginna ni klo tak troll aku memang tak sah. sebelum ni jarang lepak dengan jiji, so tak berapa kenal perangai die macam mana, tak sangke beliau lagi gila2 dari aku n ginna hahah.. last jumpe dorang tahun lepas. Yang penting jiji n farah belanje time ni.. auwww makan free la aku n ginna hahaha.. gambar kat bawah ni dalam restoren tu. perhatikan dua entiti belakang aku. hahaha sorry jiji n farah gambo korang tak clear sangat. 
lunch at belanga
Perut dah kenyang, so nex kitorg nak layan movie plak. perh terkedu aku bler sampai di situ. banyak perubahan dah level 3 mid valley sekarang ni. ade magnum cafe. aku hanye mampu melihat kat luar sebab aku rase tak berbaloi untuk aku habiskan rm15++ untuk magnum yang di taburi coklat rice dan letak strawberry ckit. baik aku beli magnum kat kedai tabur sendiri ape aku nak, letak nangka ke durian ke ape2 jela hahah . i'm so sorry magnum cafe, tak berape meminati anda hahaha. i'm tutti fruti big fan. wakakaka so rupenye gsc mid valley dah tukar kat atas.. wahh banyak nye kaunter sekarang tp haram tetap malap. mereka patut tambah pencahayaan kot. hahha tapi tak banyak movie plak la yang best. bosan bosan bosan je smue hahaha. so kitorg pon amik keputusan nak main bowling je la. 



Next match soon okiee
Sedey gler, bowling disco n arcade dah tutup. kecewa kami. yang hade bowling mahal nak mampus. hahah seyes mahal, oleh kerna ramai orang so kami pon pegi maxis centre dlu. aku nak tukar sim 4g maxis. jelez tgk kawan aku yuyung pakai 4g kan. so aku pon nak tukar gak. hahaha. otw ke sana la jiji memperkenalkan application amik gambo baru. seyes smue muke dr abang2 tros gambo jadi k-pop. semart boh application demo. aku lupe dah. yg penting siap ade bintang2 kuar nak repair gambo tu. tp semua gambo yg aku post tu adelah gambo asli mengunakan ipad aku. no edit2. rahsie nye muka kami muda kerna air wuduk muahahaha ayat artis sangat. si ginna la paling teruja dan batak skali dengan application tu. tak mo lepas henpon yg jiji baru kasi. keja dorg berwelfie je mase aku dok beratur tgu turn. 


Yeaza berjaya gak dapat sim 4g hahah... teruja bler activate je simbol dr 3g bertukar ke 4g. hahaha tros aku jakunn yg teramat sik tengok henpon je. tup tup mase kuar lupe nak charge hp. so habis la batery nye haha...nex kami nak membowling kan diri. perlawanan antara emel, jiji n farah. perh mereka ni agak hebat jgk la. tak puas main satu games. nak kena main lagi nanti. seyes bowling tu mahal nak mampus hahah... tempat takde la best sgt. biase2 wlpon executive. maybe bukan tempat ktorg kot nak mahal2 gitu hahaha euww... i dont like taz place anymore. lps bowling, rse macam mls plak nak karok2 ni.. lgpn jiji nye sore pon dah macam ramli sirap, aku n ginna pon mcm malas nak karok. farah pon kate malas. so kitorg lepak la kat secret resepi. itu la last check point kami. kami ketawa macam nak giler walaupn berjumpe sekadar 4jam.

Last check point, secret resepi

Dari situ aku boleh merumuskan, sahabat itu bukan maksud perlu berjumpa tiap2 hari. macam kami walaupun berjumpa setahun sekali, lepas ni tak tau la bler, tapi frenship itu yang kita kekalkan. kawan yang bole belanje makan selalu jugak adelah kawan jugak dan kawan itu seorang yang akan ade bersama kita jatuh, bangan, stabil dan sampai bila2 bukan nye mereka yang mengambil kesempatan antara satu sama lain. sampai sini saja entry aku. maybe esok entry aku nak cuba menaip novel la plak. mane tau bole dapat sambutan ke hahahah... tataa...

Saturday, March 21, 2015

i BelieVe i can fly

Assalamualaikum... 

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly




Awat tetibe kuaq lagu ni. itu la perasaan ceq masa nak naik kapal terbang hari tu hari tu. punya la cuak smpai kan tak bole tidoq malam. eehh tukar slang kL balik hihi. dah lame tak naik kapal terbang. last naik kapal terbang mase blaja diploma kat klate dlu. sebab time tu ayah keja dengan MAS, so anak staff dapat la tiket mudah tp tengok pada kekosongan la. hihihi tak salah taun 2007. So kali ni dapat undangan perkahwinan kat Penang. Duit pon ade lebih ckit. apa lagi naik flite la sebab klo naik bus kena tahan nak terkencing la. hape la. payah betul. So, aku pon mintak tolong kawan aku, si yuyung  belikan tiket kapal terbang. Actly bukan belikan tp ajar aku cara nak beli tiket online. Mula2 kitorg amik website malindo.. mak oi mahal nye pegi balik. kate ade promotion tp tak macam promotion je.. cancel hahaha.. tros msok plak kat air asia. pegi balik juz rm120. wow, not bad la harga dier. tapi kawan aku cakap tgk mas, klo dpt harge murah dari tu baik naik MAS. tp harga tak berape nak cantik. dalam rm200++.. becoz nak berjimat cermat, aku pon amik airasia. itu pakej paling murah la.. bagasi kurang dr 7kg je. tak bole pilih seat dan tiada insurans. amik je la dari nak dok dalam bus 5 to 6 hours. baik aku naik kapal terbang je. Settle semua. kawan aku ajar la cara nanti nak check in gune website. sekarang dah canggih ye. klo dulu kena check in kat kaunter, sekarang check in kat website. nampak sgt 8 taun ni aku dah ketinggalan. hahaha


13 march 2015, alamak hari ni nak fly. perh cuak nye la. malam td tak bole tido pdhl kat umah sendiri tu. lps subuh aku tido kejap, kol 9 ibu kejut sbb aku memang tak pack ape2 pon. hari tu ayah plak ade hal ade urusan untuk menghantar jenazah ke kubur. maklom la sejak dier berhenti dari MAS, dier bawak van jenazah. Lagi aku suka, dari beliau duduk rumah dan baca surat khabar sambil politik. No Life macam itu. Ok sambung cter tadi, aku pack, bawak beg galas kecik je pon. sebab bukan lame kat sana. dlm 5 helai baju, dua helai suar, 1 suar pendek untuk tido malam. brg2 mandian aku dan minyak wangi.Sebelum pegi penang, tanye ibu nak ape2 tak kat sne. Salam cium dahi, mintak restu dulu sebelum pegi. Dalam kol 1030 aku tros tunggu teksi kat tepi higway duke dekat umah aku tu. Tunggu dalam 10-20 minit, aku dapat teksi. Punya La peramah pacik tu. Borak borak dengan die tak sedar dah smpai dekat ktm sentul. Patut nye aku kena bayar rm7.80, tp pacik tu kasi discount sebab aku pelangan pertama dier hari tu. Tros aku doa kat situ "semoga Allah memberi pacik rezeki yang berlipat2 ganda" dier tepuk aku cakap kang lambat nak flite. betul jugak. boleh plak aku wat lawak time tu. dah ler ktm komuter benda paling slow dalam dunia ni. Perh mase nak beli tiket ke kl sentral tu, orang kat kaunter tu agak cute la. dier jeling2 aku.  sblm pegi aku cakap, awak cute la then blah.. hahaha sempat lagi mengorat tu tp aku lupe nak tinggalkan nombor telefon. Dah tua dan single, ini la keja nye mengorat. Nyum nyum nYum hahah. 


my lunch and my research
Aku tengok kat screen tu, next tren kol 1220pm, aku terus monolog dalam atie, "are u serious?". Menyesal pon ade sebab pilih ktm komuter tp tunggu jela. Rupenye aku kena troll, kol 1130am gitu ade satu tren sampai. Fuh, selamat aku sebab aku kena tinggalkan kl sentral kol 12. Flite aku kol 4 sebab aku nak kena amik bus plak ke klia2. hihihi Sampai je kl sentral tros cari bus ke klia 2.. SKYbus, Rm10 sehala... klo dua hala juz rm18 je. Aku duduk sebelah orang germany. Oleh kerna malam td aku tak tido, bahase english aku pon tak power mane, aku pon amik keputusan tak borak sangat. memang megantuk. sedar2 dah sampai klia2. Perjalanan kl sentral cume sejam plus minus. Terkedu aku sampai kat situ, rupenye klia2 ni macam shoping complex. wahh best nye. rase time tu nak shoping sakan je hahah.. Cari starbuck, al maklom la tak makan pape dari pagi. Otw cari starbuck, macam2 la kedai aku jumpa, seyes, i loike klia2 more than klia lame. At the same time, aku cari jgk mana balai berlepas, mana balai ketibaan supaya tak bercelaru nanti. mase nak pilih drink, aku dok pikiaq. aku nak naik flite ni klo minum minumman favourite aku, choc chip cream mesti muntah sebab ade susu. tapi aku amik la jugak. Ade offer untuk pie dier. sedap jgk la. Sambil take my lunch sambil doing my research Phd. Very very multi-task person aku ni. haha research kena going on jugak. Dekat boarding pass dah tulis masa nak msok. 


So cukup masa, aku pon pegi ke domestic departure. Agak jauh berjalan kaki dari international nye departure. Checking body tu, kena bukak tali pinggang, dan semua benda. tetibe mase aku lalu bunyi pula, cincin lupa nak bukak. leceh sangat tapi itu peraturan. selamat tak terlocot seluar. hahah cuak sangat sangat sangat masa tu. yelakan dah lame tak naik kapal terbang. aku bole kata pramugari air asia agak tak cantik kalau compare dengan MAS. hahah itu plak yang aku tengok. patut tengok service dorang kan. Kalau service dorang terbaik la jugak. Seat aku kat dengan tingkap. Glup. Sempit nye la seat dorang. Nak murah kan so hadap jela duduk dalam tu. Tapi untuk orang tinggi macam aku agak tidak selesa sebab agak sempit la nye klo nak seat yang luas u need to pay more. Kalau aku jalan jauh ke oversea, of cos aku akan pilih seat yang better lagi. so mase flite nak take off tu, aku dah fikir negative. siot je kan. aku dok pening2 kepala macam panis disorder je. atau sebab air susu td selamat my best fren, ginaa tell me kena beli sweet yg berangin, so aku beli la n kulum. orang pgl ape jet lag erk. yang duduk sebelah aku bdk kolej kat kl, nak balik penang depa kate. hamboi untung budak sekarang no.. tp klo pegi balik juz rm120, baik naik flite hihih. Alhamdulilah, selamat sampai ke Penang. Ini lah gambar kawan2 herbalife aku. Semoga panjang umur, murah rezeki dan dapat baby herbalife ramai2 ye... hihih gambo bawah sempat kami welfie hihih... 

best fren forever, insyaAllah. 
Selepas 3 hari, 2 malam kat penang, habis lah percutian aku kat sana. Nak balik flite kol 8pm. Tak takot dah. Bawak balik bersama kenangan terindah kat sana. Tapi orang sebelah aku pula yang macam cuak. dier plak aku tengok berpeluh. haahahah aku dok tengah di apit dengan awek2 cun. perh lawa plak tu. tapi tak berani tegur sgt sebab sorang bz bace novel n sorang lagi macam panik je. hahah.. so 1 hour perjalanan aku juz relax je. tapi cuaca tak berapa nak baik hari tu. so kena duduk selalu sebab isyarat tali pinggang selalu di paparkan. cewah ayat aku sgt skema hahah.  Sampai klia2, ibu dan ayah sambut kat balai ketibaan. kata dorang nak jalan2 kat situ. Sejuk mata melihat dua orang. End my journey naik flite selepas brp tahun. Airasia nye trademark, eveyone can fly... Thankk sebab kasi saya tambang murah.. Muah muah airasia..