Thursday, July 4, 2013

Tips lelaki romantik macam dalam novel


Perhhh tajuk pon dah mengancam. Ramai orang kate lelaki melayu ni tak romantik? Siap kuar artikel lagi mengatakan yang lelaki melayu tak romantik bagai. Mungkin kot sbb ego dan perasan bagus smpai dorang lupe. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW pun ade sifat romantik terhadap isteri2 nye. Kenape tidak kita sebagai umat nye mencontohi Rasulullah kita. Memang betul kita hanya berjumpe lelaki romantik dlm novel terutama penulis wanita. Ayat dorang menceritakan dalam novel itu sebenarnye ape yang di harapkan seorang wanita kepada lelaki nye. Oleh itu semua lelaki melayu, bersedia berubah menjadi romantik. Tp jangan la sampai jadi jiwang karat. Muntah pelangi la plak hihi. Ape yang aku tulis termasok dengan pengalaman yang aku ade. Aku bole dikategorikan romantik gak la. hahaha kena bercinta dengan aku dlu la baru tau. kena isi borang dulu yer.. hihih.. Alamak lari topik lak. Berikut tips2 yang aku blaja dalam novel2 yang aku bace.



#1 sentiasa memberi kucupan dan peluk kepada si dia sambil mengucapkan sayang dan cinta
Yang ni aku xpernah buat, maklom la blom kawin. Hahaha untuk yang da kawin je bole buat ok, yg lom kawin jangan nak mengatal buat. Aku sepuk gak kang.  Dalam novel, hero n heroin sll berpelukan dan kdg2 memberi kucupan. Kucupan si dia di dahi, pipi, bibir, tangan dan di mane saje sebelum kuar gi keja atau waktu pagi pon dah cukup mengembirakan permaisuri hati kita itu. Pelukan dapat memberi kehangatan kepada pasangan dan ianya akan lebih mengeratkan lagi antara anda dan isteri. Sambil tu, ucapkan perkataan yang manis dan sedap di dengar. Takkan mase bercinta bole bermadah pujangga, dah kawin semua tu hilangkan. So mase pelukan dan kucupan ini la ade ucapkan perkataan cinta agar cinta yang anda itu sentiasa mekar bak bunga di taman. Cewahh ayat aku pon xmenahan, hihih. Senang je kan, pelukan, kucupan dan ucapan cinta dan sayang. Wahai suami di luar sana, ini asas untuk menjadi seorang yang romantik ok.. Hihih...

#2 beri kejutan dan membawa ke suatu tempat yang romantik
Dalam novel, banyak gak mereka bercerita tentang kejutan yang diberikan kepada isteri mereka. Sebagai contoh, novel suamiku my perfect 10, si suami memasakkan untuk wife dier. Itu pon salah satu kejutan yang anda bole lakukan untuk isteri anda. Selain itu kejutan dengan membuat decoration dalam bilik. Sesuatu yang wife tak jangka anda mampu lakukan.. Kire tak tercapai akal mu la. Hihihi tak pon kalau ade extra money, bawak la wife kamu ke tempat yang romantik. Pegi candle lite dinner ke. Dok tepi tasik sambil makan gelak2. Bukan kah itu romantik. Dalam novel M.A.I.D, si suami memberi kejutan isteri dengan honeymoon ke paris. Memang asyik setiap word yang di gunakan untuk mengambarkan keromantikan suami itu. Oleh itu, anda tiru sahaja gaya novel ini. Memberi kejutan dengan meletakkan tiket kapal terbang dan percutian dalam handbag ke? Jangan hanya pegi honeymoon untuk pertama kali lepas kawin saja, pergi setiap 6 bulan pon okie.. Wanita memang suka pada kejutan dan tempat2 romantik ini. Bukan itu akan lebih mengharumkan bunga2 cinta yang sedang mekar di taman. Awesome!!

#3 berjalan berpimpin tangan dan berpakaian sewarna
Mase aku couple dlu, aku paling tak suke klo pakai baju sewarna. Letih dah mcm badut sarkas aje. Tp kebanyakkan dalam novel menceritakan tentang ini. Dan ex aku marah gak bler dier soh beli baju same kaler mesti aku pilih kaler lain. Rupenye kawan2, benda itu penting untuk menunjukkan kita ini ade lah lelaki romantik. Sebab kaler yang sama bermaksud hati kita sama kaler merasai satu cinta yang sama. Ala klo time raye korang bole pakai satu keluarga tok yang, nenek, mak su smue pakai satu kaler, awat la time kuar dengan isteri or awek tak bole plak kan. Lepas tu wahai encik lelaki, jangan lupe pegang tangan isteri, pegang erat bagaikan tidak terlepas. jangan la jalan mendodong ke depan tapi wife dah tinggal kat belakang 10km. Expecially mereka yang dah ade anak. JANGAN MACAM TU BRO!! Baju dah sama, ape salah nye pegang tangan isteri tu dan anak2. Orang lain tengok kan cakap romantik nye couple tu. Walaupun dah kawin still berpegangan tangan. Doa tu kot. Bahagia la nantii tapi klo yang belum kawin jgn mengatal nak pegang awek tu. HARAM!! Aku nasihat diri aku jua dan memohon keampunan Allah untuk yang dah lepas dulu. Ops termasok ceramah plak. Anway lelaki bakal romantik, sila cuba yang ini ok. Niceee!!

#4 sentiasa memberi pujian sambil memandang tepat ke mata si dia
Benda ini suatu yang wajib anda praktik kan wahai lelaki di luar sana. Kebanyakkan novel yang aku bce, smue nye memang menjadikan pujian kepada isteri atau kekasih mereka sebagai salah satu agenda yang wajib ada. Oleh itu aku simpul kan yang wanita sebenarnye suka dipuji oleh mereka yang di sayangi terutama lelaki. Ini tidak, bler kekasih or isteri tanya, awk2 lawa tak saya pakai ni? Korang pon jawap, ok je. Ape salah nye tambah sikit bahasa tu. Awk kelihatan angun dan cantik. For sure isteri or awek korang mesti tersenyum sorang. Walaupun maksud nye agak sama, tapi sebenarnye bagi wanita pujian itu amatlah berhargai. Mereka bole lentok kalau anda pandai puji lebih2 hihihi. Lagi2 klo anda puji mereka dalam keadaan anda memandang tepat ke mata beliau. Lagi la senyuman plus blusshing2 merah pipi mereka tau. Renungan mata itu bagaikan suatu kuasa lagi2 ianya bukti kita ikhlas memuji pasangan kita. Sebab tu ade orang cakap, cinta dari pandangan mata... Dari pandangan mata jatuh ke dalam hati terus. Oleh itu lelaki yang separuh romantik, pastikan anda memuji pasangan anda dan tenung ke dalam mata dia. Chill!!

#5 senyuman manis menghiris kalbu
Perh macam tajuk lagu je kan. Senyuman yang macam mane bole menghiris kalbu sehingga dikatakan romantik tu. Kebanyakkan penulis wanita dalam novel mengambarkan senyum si suami sebagai tersenyum manis dan mengoda. Kirenye, untuk menjadi suami or boifren yang romantik, sentiasa la memberi senyuman kepada yang tersayang. Biasenye wanita dalam novel akan bermonolog dalam hati memuji senyuman insan tersayang. Boleh dikatakan sebagai senyuman merupakan element penting dalam kehidupan wanita. Seyes, lelaki pon same gak. Aku pon bole tangkap lentok bila tengok senyuman ni. Kadang2 dalam part manusia ni, bila kita melihat senyuman org yang kita rindui itu ibarat mcm posyen yang akan buat kita pon senyum sama. Hebatkan kuasa senyuman manis menghiris kalbu ini. Wakaka yelahkan wanita or kekasih biasenye sibuk dengan rutin harian, oleh itu bila melihat anda tersenyum yang mengoda, tenang sikit hati. Start from today gentlemen, smile from ur heart to ur lover!! 

#6 menghargai si dia dengan memberi hadiah
Wanita sentiasa mahu disayangi, di hargai dan di cintai. Kebanyakkan novel yang aku baca bercerita hebat tentang lelaki romantik sentiasa memberi hadiah kepada wife or kekasih nye. Antara hadiah yang  selalu di berikan dalam novel ialah jambangan bunga mawar, kad, coklat dan macam2 lagi. Tapi hadiah itu orang kata kena ukur baju di badan sendiri la. Nak dikatakan romantik wahai lelaki sekalian, kasi la isteri atau kekasih anda sejambak bunga mawar, klo dier suka mawar la. Ikut bunga apa dier suka. Wanita dan bunga memang tak boleh di pisahkan. Banyak perihal melayu lama mengambarkan wanita dan bunga. Aku rasa memang sweett sangat kalau kasi bunga ni. Percaya la. Haruman bunga2 cinta yang mekar td akan menjadi semerbak lagi rasa cinta di hati dengan romantik ini. Sambil itu hadiahkan lah kad. Kalau korang jenis pandai bermadah pujangga, ape lagi karang la sajak ke, pantun 16 kerat ke, gurimdam ke? Wanita itu akan merasa anda menghargainya dengan kejujuran kata itu. Klo anda pandai main muzik instrument, ini la mase anda nanyikan untuk beliau. haha tetibe teringat mase muda2 dlu dengan my ex! bia la rahsie hihihi.. Coklat pon not bad gak klo tak kasi. Tp tengok kesesuaian orang yang nak menerima. Sebab dalam resepi coklat kan ade bahan bole mengembirakan seseorang. So y not.. Macam2 itu andakena fikir sediri mcm mana anda nak hargai isteri or wife anda. Belikan buah tangan if pegi outstation salah satu menghargai orang yg kita sayang jugak. Hargai mereka sebelum mereka pergi dari kita!! No problem..

#7 pujuk si dia ketika merajuk
Biase la perempuan kan, jiwa mereka memang Allah jadikan sensitive. Sebab tu la kuar peribahasa, hati perempuan ini macam kerak nasi, letak air lembut la dia. Ekculi, klo wanita dah merajuk sebenarnye dier nak di belai. Itu yang aku blaja dalam novel sebenarnya, saya isteri dia! Aku tau yang kita lelaki ni memang memiliki ego yang tinggi. Tapi mane lagi penting, ego atau perhubungan. Kawan aku mase blaja degree, luqman berkata buangkan ego demi menjaga suatu perhubangan. Aku bersetuju dengan kata2 itu. Sejujurnye, dalam perhubungan aku yang terdahulu, aku meletakkan ego yang tinggi, akhirnye hubungan itu kecundang. Kita lelaki tak salah meminta maap kepada isteri walaupun takde kesalahan kerna itu akan menjernihkan perhubungan. Pujuk la dier dengan kata2 cinta, pujian, insyallah kita sudah termaktub sebagai lelaki romantik. Isteri, insan ciptaan Allah dri rusuk kiri kita, takkan sudi kita menyakiti rusuk kiri kita wahai lelaki yang romantik. Pujuk la isteri anda dengan kata yang terbaik. Insyallah nasihat untuk diri sendiri jua ni. Maklom la belom berkahwin kan. Wahai tulang rusuk ku! Aku rela bersabar demi memujuk diri mu.. 

#8 amik tahu tarikh keramat
Untuk mendidik menjadi lelaki yang romantik ni, anda kena tahu tarikh keramat. Ape yang di maksudkan dengan tarikh keramat? Tarikh2 penting la macam anniversary kawin, bler first jupe, bler hari lahir anak or wife or kekasih. Semua tu kira penting la. Dalam novel ade di ceritakan tentang tarikh penting ni. tak berapa direct sangat. contoh nye isteri tertido di meja menuggu kepulangan suami untuk menyambut ulang tahun perkahiwinan. selalu banyak yang macam ni la. Perempuan sangat2 fussy tentang benda ni. Sampaikan ianya boleh menjadi perang dunia ke 3 klo tak igt benda ni. Cara nye senang je. Catatkan di mana2 yang anda selalu lihat ataupun sekarang fone semua dah smart smart kan.. So letak reminder la bro. Haiya kate nak jadi romantik kena la susah skit. Dlu my ex penah tnye bler kita jupe, bler kita date... Haish mne la nak igt benda tak penting tu. Memang bgado besar la wakakakaka... Lawak la plak bler igt balik. Lelaki romantik, igt la tarikh tu walaupun sibuk berkerja k..

#9 mengambil berat dan memberi perhatian
Ada la dalam satu novel tu, si suami tak amik berat smpai wife dier pengsan. Kesian. Wanita ini memang Allah ciptakan mereka dengan manja dan lembut pada suami mereka. Jikalau kurang kasih sayang, maka mereka ibarat tanah yang kontang. Ibarat je tau. Jangan saman aku plak lepas ni. Untuk  dikatakan romantik, wahai lelaki amik berat dan berikan sedikit perhatian kepada isteri atau kekasih anda. Walaupun anda sibuk berkerja, tengahri mase lunch hour tu, telefon wife dah makan ke lom, borak mesra, sms cinta. Tapi jangan kerap sangat nanti rimas plak kang macam tak bole berenggang. Ikut akal kita jugak la. As long as, she know kita take care her and attention to her. Jangan diamm je seharian then balik baru nak mulakan. Perempuan ni sifat cemburu mesti ada. Oleh itu kena jaga hati dan perasaan mereka. Kena peka dengan perasaan dan kehendak mereka. Insyallah dah lengkap menjadi romantik.

#10 menjadi seorang yang matang dan tenang.
Kebanyakkan dalam novel, lelaki itu akan menghadapi setiap masalah dengan matang dan tenang. Oleh itu aku rase, untuk menjadi lelaki yang romantik, kita perlu ade dua sifat ni matang dan tenang. Matang disini bukan lah maksud berusia atau soh kawin bila usia lanjut. Tapi lebih kepada pemikiran yang matang di mana kita membuat keputusan yang betul yang kena dengan situasi nye. Selain itu jugak, wanita ske lelaki yang cool or tenang. Mungkin sebab Wanita ske membebel untuk menarik perhatian kita. Hahah ini pengalaman aku dlu. So bler dapat lelaki yang cool or tenang, so dorang akan lebih tenang untuk berbicara kerana mereka lebih kepada pendengar yang setia dan baik. Lebih di lihat romantik di mata wanita. Selain dari itu, wanita merasaka. Bagaikan lelaki yang matang dan tenang ini sebagi penyokong setia mereka di belakang. Bukan itu lebih menghiburkan hati mereka? Tepuk iman tnya hati.


Itu la sedikit coretan yang dapat aku ungkap dari novel. Ape yang blaku dalam novel tak sama dengan yang blaku di dunia realiti. Ade lagi kah lelaki romantik selain aku? Entah la. Harap ade lahi spesis romantik itu. WAhai lelaki cubalha untuk menjadi seromantik yang boleh bagi menjaga perhubungan ini kelak. Bye bye!!