Tuesday, January 27, 2009

TaiKo TaiKi Gsc Mid vAlley..

Guten tag!!

pekabo kekawan aku smue.. hari nie aku nak kongsi ckit cter tentang kawan- kawan aku yang berkerja kat gsc mid valley... kire diorang nie antara yang aku paling rapat la mase keja dulu... yela kan, tanpa diorang nie kat box office mcm tak best aku rase kan...sunyi jer...sbb tue la kekawan aku rasa mcm perlu jer kat box office.....tok percaya duat dan sebagai...rindu lak kat diorang kerana diorang smue dah berenti keja la...lupew nak cter kat korang yang GSC mid Valley mempunyai 3 department yang penting la. pertama Box office - bahagian tiket dan masalah customer, kedua steward - bahagian koyak tiket dan berkenaan dengan hall la pastue yang terakhir sekali ialah consension - bahagian makanan.

antara kekawan kat gsc ialah ginna,ruben,alex, nazmi,farah,andy,ajla, man, shide, mas, fahmi, apis, azim, eikin,syahidah n beberapa orang budak baru. aku lupe lak name dierong la. tak lupe gak staf bahagian management yang takkan aku lupe mcm sir stanley, sir boy, sir kunan, sir fairil, sir mael,kak bibi, kak umi, kak malar, mahen, mathan...sonok sebenar nye keja kat situ. wat aku terharu je bila mengingati balik peristiwa lampau...hahahaah tok mereka yang dah Berenti aku pangil mantan taiko bagi laki atau taiki bagi PereMpuan..

.: Mantan TaiKi Ginna:.


Sape ginna nie? hiks akak yang paling kecohh kat box office. dier dah keja lama. dekat 4-5 tahun. tapi tak dapat pape kenaikan pon. ginna nie salah seorang sifu aku kat box office. dier ajar aku memacam tentang box office. thank ginna. dier nie antara kawan rapat aku kat box office. sebab dulu juz aku n dier je melayu. yang lain semua india jer. memang dier taiki btoi la. bole bertahan lama. dier punya customer service pon not bad la. tapi dier nie ade sedikit peel la. malas ckit. kejap2 ilang n dier break memang lebey dari sejam. no wonder la dier dah senior coz ramai budak junior yang bole bukak kaunter. dier nie jenis open dan mudah mesra. hri tue 1st time aku tengok dier menangis lepas kena marah dengan nasprima putra. kesian lak aku tengok kakak aku sorang nie. mane tak nye, dier nampak ganaz, ranggi tetibe nangis coz di marahi oleh sorang. kire hati dier lembut jugak la. tak keras mane. luaran dier mmg nampak macam dier stable. kat dalam tetap dier perempuan jugak. dier datang keja ikut mood dier je. nak datang, dier datang. klo tak gitu la sebalik nye. hahaha perintis bingo kat box office. sampaikan temankan dier tunggu tunang nak amik dier lepas balik keja, pon ktorg bole layan bingo. hahaah dier memang perintis bingo kat gsc. ginna memang kakak yang mereng tapi ok.hiks..


.:Mantan taiKi ajLa:.
nie la dier ajla @ aj... aku blaja menulis blog dari dier la.. aku tak sangka plak yang satu hari nanti aku akan menulis blog macam yang ade skrang nie..Aj nie mmg sporting gler dan merupakan graduan dari UM. tapi mase aku kenal dier masih lagi student um dalam bidang eng software..aku klo kuar dengan dier mmg best la. pasti anda akan tergelak jer sbb dier mmg ske wat lawak. kekadang aku tengok dier nie macam anak orang kaya jer. serius aku cakap kat korang, dier punya tempat makan memang korang menakot kan la. secret resipies, food junction dan sebagainya. dia antara orang yang tak penah mengeluh pasal duit kat aku. yang pasti dier pegi n pulang dari keja dengan kereta merah dier. tak salah aku satria merah. hahaha dier nie jarang tau tengok nak marah tapi kalau marah olok-olok tue selalu gak la aku tengok. tapi dier penah marah mase keja. takot gak aku tengok mase tue. ye la kan, orang yang selama ini aku igtkan cool sekali naik angin, klo tak silap aku shidee kot yang wat dier mara n menangis. seyes, aku takot sangat mase tue. mase hari pertama dier masok keja, dah nak bukak kaunter kan, skali aku n dier kena marah dengan mathan sebab soh budak baru bukak kaunter. perangai dier sebenarnye gler2 kalau korang nak tau. Hobi dier ske melancong sambil melihat alam yang luas ini dengan pakej ekonomi. kire bole save bajet la. satu hari ade expo kat pwtc tentang pelancongan tau. skali aj, mas pegi ke sane. punya la banyak aj bawak balik pampelet tentang harga dan tempat percutian. punya la semangat dier. lepas je keja malam tue, tak salah aku kat tepi bomba kat dengan UM. dier sebagai promoter membentangkan satu-satu percutian. memang seronok nak gi bercuti tapi takda duit la. sorie AJ. Tok pengetahuan korang, dier nie dah berpunya..so tak bole nak ngorat dier..hhahaha cukup la aku cter tentang dier.

.:ManTan TaiKo Man:.

Dier nie name penuh Khairul Azman dan student kat UM gak mcm Ajla td. Aku takde gambo dier la sebAb tue la aku tak letak gambo dier. Nak mintak kat dier malu kang dier kate aku nak buat ape la dengan gambo dier. Beliau antara penyokong kuat MU. Bukan Mutusamy Utilizir. salah tue machester united la. Tak salah aku dier amik bidang arkitak klo tak salah aku. Dier nie kat Box office senyap je. juz cakap bila perlu jer. Dier masuk sebagai ahli TaiKo - Taiki nie lepas Shide join. hehe kira beliau nie menambah populasi melayu kat dalam box office. Seorang yang sangat pemurah dengan senyuman. walaupun gaya dan personaliti yang agak macam samseng, tapi sebenarnya beliau memiliki atie yang mulia. aku kate kat korang la. dier nie memang takde perasaan langsung kot sebab aku tak penah tengok dier marah n juz buat muke keras je. memula dier masok box office dulu, aku ingatkan yang ade sorang mat pitt( soriee man sbb ko kurus sgt) baru saja di ambil keja. so macam takot la nak salam dier. skali bler dah kenal, budak UM rupenye. tue la orang kate dont judge a book by it cover. ini la jadi nye tak knal tros aku cakap dier mat pitt. hahaha.. klo duk kat kaunter, dier buat muke keras dier dengan senyuman then buat keja tak pandang kiri kanan. bler la aku nak tengok dier marah pon aku tak tau. dier antara mereka yang suka lepak kat bangsar. aku main taram jer, ntah dier suke ke x? tapi klo tak ajak dier mmg tak salah. kira dier macam penghulu la. kena sentiasa mendapat jemputan makan kenduri. haha tapi kalau dier berceria, best gak la dengan. tambah skit loyar buruk dier. baru lengkap la semua resepi keluarga. aku, ginna dan andy suke gosipkan die n Aj. di mana azman ada mesti ada ajla. hiks, buat pengetahuan semua, diorang takda pape kerna kawan biase je. lagipon si azman nie tak salah aku sudah memiliki calon untuk di bawa kepada mak nye dan yg pasti bukan ajla dan orang lain.

.:ManTan TaiKi Mas:.

memula masuk dulu. aku di suruh training minah nie. hehe name dier mastura. aku tanya kat dier, sape nama? dier cakap la yang name dier mas. aku cakap nak panggil platinium bole? hahah nak buli budak baru la katakan. dier pon kate ape ntah. aku dah lupe lak. dier nie kawan baik kepada aj dan seorang yang bertanggungjawap membawa masok eikin dalam tok menjadi ahli kelab ini. tengok pada rupe dan gaya beliau, macam garang jer. tapi bler kita dah knal minah nie. baru kita tahu yang minah nie tak garang mane pon. seorang yang lemah lembut sgt sgt sgtttt.. tgk berapa banyak aku taip sgt menunjukkan bertapa lembut nye mas tp xde la sampai jadi macam sotong kurita tue. hiks. aku rasa Box oFfice macam bersinar jer sejak mas n ajla masok. maklom la sebelum tue lelaki jer yang ramai. mas nie terlalu sensitip sgt sampai kekadang aku takot nak cakap bahasa kasar kat dier. tapi aku penah la terasa atie dengan si mas nie. serius shit aku sangat2 terasa sampai aku taknak cakap dengan dier klo bole. tp dier mintak maap so aku pong lupew kan. tapi baru-baru nie aku baru tau yang dier merupakan peminat lembu. haha dalam banyak binatang kat dunia nie. lembu gak yang dier minat kang. tapi comel gak kan lembu. kekadang dier pegi keja dengan eikin, penah tau diorang eksiden. kesian nye aku tengok die and eikin. tapi gigih gak berkerja walaupun dalam keadaan sakit hehe. sikap dier yang selebih nye si mas nie terlalu setia kawan. jarang kita nak jupe orang macam nie kan.

.:ManTan TaiKo Azim:.

mamat yang pakai spek mata nie aku panggil dier azim @ budak kecik. ntah nape ek aku pangil dier budak kecik. tak salah aku sebab mase aku masok keja dulu. dia yang paling muda. pastue seingat aku mase 1st day dier training. dah lepas pukul 5 dier tanak balik lg padahal takda kaunter. dier nie memang rajin cari duit mase tue dan slalu OT. Dier nie lebey kurang macam man gak la. masok opis terus buat keja dan takkan borak ape2 pon. aku memang puji ketangkasan dier buat keja. customer services dier pon best sgt. aku memang puji la dier nie punya keja. klo aku customer la, dapat lak yang jual tiket macam nie. lagi la best. dier memang baik dan yang penting tak penah tinggal solat. mase break dier agak lame ckit sbb dier akan solat dulu. jarang la staff bo yang kuat beribadat mcm dier maklom r, smue jenis ranggi dan poyo. tapi dier memang kuat beribadat. dier skrg nie student lagi.. tak tau r ade awek lagi ke ..hehehe..

.:ManTan TaiKo Apis:.

nie la name dier apis. dier nie dua kali kuar masok keja balik. umur dalam 22 tahun kot taun nie tapi memiliki fikiran yang matang. skrang nie dier tengah study kat politeknik tanjung malim tak salah aku. orang perak. dier nie merupakan orang kuat dan member tgk wayang sir stanley. kire diorang berdua nie kamcing la. hahah macam aur dan tebing. aku ske r dengan dier bercerita klo korang nak tau. dier cter ckit pastue mesti ade lucah. kalau tak sikit mesti banyak lucah yang di kuarkan. bukan la maksud aku nak burukan dier. tp sifat sebenar dier. hiks maybe tunggu kawin baru ilang sifat tue. dier nie memang kire playboy la dalam BO. walaupon muke kureng encem, taip2 hari dapat tapau dari customer. kire mulot dier nie manis la. sampaikan customer pon dier ngorat. apis...apis....memula dier nak berenti dulu. smue orang sedey. kire dier nie malam buat BO ceria la. hahha lepas dier berenti, dier msok balik keja kat gsc mid valley. datang je dier. keluar la lawak2 lucah. memang best sbb dier nie ske bercerita. kire dier nie ar yang mengajar aku dan budak bo lain yam cha. tempat favourate dier kat jalan telawi, bangsar. sampai sekarang klo nak lepak ke, kat situ la port kitorang makan, minum. kat nasi lemak famous. sambil borak sambil makan sambil dengar cter apis. dier la penglipur lara gsc. apis..

.:TaiKo ZaiNi:.

budak nye lemah lembut dan sedikit gemalai. zaini @ andy. aku yang suruh dier masuk keja gsc sbb aku bosan takde kawan. mase tue kurang sangat orang melayu dan aku tak tau nak cakap n break dengan sape. so, aku suro la andy gi mohon keja kat gsc. then dapat lak tue. keja kat satu department. Box office. ape lagi, jadi setan la dedua nie. dier nie memang baik dr aku knal dulu tapi senang terasa ati. banyak kali gak aku saje usik2 dier skali taknak cakap dengan aku. sonok cakap dengan dier sebab dier jenis klakor sgt. masih lagi berkerja dan berharap dapat memegang sijil best employee. aku tengok dier sekarang nie rajin berkerja dan susah nak ajak hang out bersama2. takpe la. dier pon rajin keja n nak cari duit lebey kot. hehe


.:TaiKo Shidee:.

dari pandangan pertama macam seorang yang pendiam tapi sebenarnya seorang yang kelakar, suke borak dan menghiburkan. pada pagi nye beliau memiliki kerjaya yang lain dan malam nye merupakan partime di box office jugak. skali dier buka cerita, round table mesti pecah perut dengan cerita dier. mengantikan tempat apis sebagai penglipur lara. selama nie dier senyap je kan. maybe penat berkerja seharian. masa bulan puasa, beliau suke membawa tapau ke tempat keja. martabak, air tembikai dan memacam lagi. ktorg pon tumpang sekaki gak la. maklom r, orang membawa kita merasa. tapi shidee nie tak kisah pon siap offer lg. segan gak kekadang nak amik makanan dier sbb dier bawak susah2 kan. tapi no wonder la. janji dier ok..berehhh..

.:TaiKi Eikin:.

budak kelahiran johor ini. memula dulu masok kat Box office time aku tengah cuti dua minggu. hiks, aku msok jer dier dah ade. adik kesayangan @ emas kepada kepada mastura. b4 knal dier dulu, aku rasa macam tak bole masuk je dengan budak nie. ye la kan. macam sombong jer. aku ingat dier nie pendiam ke ape. tapi serius dier buat bodo jer dengan aku mase tue. aku pon kate kat andy, sombong nyer budak UM yang baru tue. si andy lak cakap, dier tak knal ko kot, ko masok kecoh2 tue yang buat orang tak ske ko tue mel.. hahaha aku pong terime je la. tak tegur sangat si eikin. lepas dah lame knal dier. borak dengan dier baru aku tau yang dier nie lebih kurang si mas jer. bukan dari segi perangai, tp mulot. banyak cerita gak dier nie. dier sentiasa merempit dengan akak dier ke gsc. dier ade skuter ego. aku nak pinjam dier tak kasi. kedekut btoi tapi sebenar nye dier sayang harta dier. bapak dier susah beli aku lak nak pinjam kan. Simple dan ala kadar je aku bole kate dier pada pertama aku melihat dier. maybe tue yang dapat aku lihat la. dier nie merempit, masya Allah laju btoi. Dier nie memang kaki wayang coz tiap kali aku tengok wayang mesti terserempak dengan dier gak. tp dier tak sorang la mesti dengan member ke boifren aku tak tau. eikin nie jarang shotage mase keja dulu kira dier teliti la. dier msok ke Box office lebih menceriakan lagi Box office coz selalu kena usik. hahah sonok la teringat dedulu kat Box office.

.:TaiKi Farah Hani:.
budak yang muke ala2 mix nie. farah nama dier. aku knal dier sbb dier budak pagi n dier rapat dengan alex n nazmi. dari situ dier aku knal dier. lelagi dier ske pakai cekak pegi keja lagi nampak kemas. lagi pon box office mane ramai sangat pekeja perempuan. hiks. dier nie awek kepada Adli, supervior kat concension. alex panggil dier itek sbb adli lak diorang panggil angsa. hahah si farah nie mmg atie lembut gler... skit2 meleleh jer air mata tue. kena mara customer nangis gak, gaduh dengan boifren pon nangis. kire dier nie ratu air mata Box office la. hiks, dalam sebulan mesti ade sehari dier akan meleleh air mata. maklom la, air matakan senjata wanita. tapi dier punya mulot memang la. kelas gler. kelakar n kekadang mengenakan orang tepat pada muka.. hahah sonok kawan dengan dier nie.

.:TaiKo Alex:.

kecik2 cili padi. nie la alex. salah seorang senior yang dah keja kat gsc nie. keja dekat 4 taun k.. tapi tak penah dapat bes employee.. kate beliau dier tak layak tok smue. poyo jer klau aku tengok gaji dier rm4.10 sejam. alex nie seorang yang ceria dan appy jer. memang klakar la klo kuar dengan dier nie. memiliki badan yang berotot 6 pack kat perut dier. dier cukup bangga dengan ape yang di miliki. dier tak pnh rasa diri nye diri nye kerdil sbb penghalang tok dier terus idup. sikap dier yang selalu confident menyebabkan aku bangga. dier kalau marah memang aku pon takot. alex nie kalau orang dah janji dengan dier mesti kena tunai. tue yang bahaya kalau berjanji dengan alex nie. seboleh2 dier nak orang tunaikan janji tue. tapi dier takde la zalim mane gak.. hahaha alex is the cuteiest guy yg penah aku jupe..prasan lak nanti...

.:TaiKo Nazmi:.

mamat yang muke ala2 sengal ckit. tapi bler dah knal lebey lame baru aku tau yang dier nie berpotensi beso untuk menjadi orang beso kat gsc mid valley. mase 1st aku datang interview tue, aku duk tepi dier la. senyap jer. kalau skrang nie lak, dier dah dapat tawaran menjadi crew leader kat bahagian consension lak. hahah dier memang gler keja n gler wat OT. aku tak heran la klo satu hari nanti dier akan menjadi salah sorang beso kat gsc mid valley kerana kerajinan dier berkerja dan kesungguhan dalam beliau berkerja. klo pegi gcs mid valley, kat bahagian makanan kecik2 dan pendek...pakai spek mata. dier la tue. sekarang dah menjaga stor untuk bahagian makanan. cepat btol dier naik pangkat yer. penah dapat best employee tok bulan august. kirenye b4 aku dier naik dulu. pastue baru aku naik lsk. aku sejak ade budak2 baru kat BO nie mcm dah lupewkan dier jer...hahahaah bukan lupe tapi berubah angin jer nazmi.. pastue lak kan dier dah bertukar department dari BO ke consession. kire macam dah terpisah jauhh la ckit...hikss....

tue la serba sedikit tentang taiko taiki kat gsc mid valley, ktorg bukan nye along, tp tolong kasi services yang terbaik. klo ikot kan ramai sangat aku nak tulis dalam blog nie. ruben,kak citi consension, alex gold cluss,shazwan, azwan, din, naz,yoges,, fairil,cik mail,sir boi..kie klo nak menaip blog nie mmg takde mase la.. tak pe la janji kita smue yang ter best n terbaik kerana dapat berkenalan dalam keluarga GSC mid valley.. peace korang..sonok dapat knal korang yg mesra alam...terlebey peramah sampai aku tak jemu idoop nie dan terasa rindu bler dah berenti skrang nie

"Who Da Best"
"GSC Mid Valley"

Aummmmmmmmmmmmmm.....BYe N TaKe sMue



"NEXT CUSTOMER PLEASE"








3 comments:

caNNyGurl said...

waaaaahhhhh rindu gile gaban ah!!!!


jom kite bukak gsc sniri

hahaha


kapan mahu ketemu lagik?



*sile rancang 1 hari utk reunion beramai2..beta serahkan tugas ini kpd tuan hamba*


ahhaha

boy said...

nasib baik aku x keje sana..kalu aku pun jadik taiko gak...hak3..ngeee

Jaja Ginna said...

Pergh..tringat aku kat arwah...al-fatiha..