Thursday, May 8, 2014

Bukit Panorama

Entry kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman mendaki ke puncak bukit panorama. Let me introduce ckit tentang bukit panorama. Lokasi nye terletak di sungai lembing, klo daripada UMP dlm 2 jam perjalanan melalui Panching. Biasenye orang akan mendaki sebelum subuh sebab kebanyakan tujuan mereka untuk melihat matahari terbit di atas tu. kebanyakkan blog2 bercerita ttg kecantikan matahari terbit tu. Tapi misi aku nak kawan2 ktorg nak pegi untuk beriadah dan mendaki bukit. Selepas stress and tension keja, ini la mase untuk mengurangkan stress itu dengan aktiviti mengeluarkan peluh.  Aku, farid and zuhri berteman kan 5 orang lagi wanita besi a.k.a lecturer2 wanita , kami mulakan ekspedisi kami pagi tu. dalam pukul 7 pagi ktorg bertolak dari rumah farid. Nasib tak berapa nak menyebelahi aku, sebab kena selsema yang agak terok. dok pikiaq gak, mcm ner la pengarah projek boleh jatuh sakit ni. hihihi. tapi misi tetap di teruskan jugak. perh udara pagi tu amat la segar, maklum la di kelilingi oleh tumbuhan hijau. lebih kurang dalam 45 minit macam tu, kami pon smpai di kaki bukit panorama. kami posing dulu sebelum naik. maklum la menjadi salah satu kenangan. orang sakit a.k.a penulis tiada dalam gamba kat bawak ni hihih

ahli mesyuarat tingkat yang mengikuti ekpedisi mendaki kali ini


aku ingatkan mula2 macam jungle tracking la. mendaki bukit lain, xde track smue dan yang ade hanye la track tanah je kan. skali smpai2 tgk ade tangga ala2 tangga batu caves. haha perhh gambo atas ni contoh tangga dier.  memang agak mencabar la untuk mendaki bukit panorama ni. sebab tangga dier bukan statik je tp ade yg 75 degree la. ade yg landai la. memang menarik la dan mencabar fizikal kaki klo sape rase ingin memiliki otot kaki kuat mcm lee chong wei.. nasihat aku klo bole makan sedikit roti ke sebelum naik utk memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma badan bagi membakar lemak. so takde la pancit. perh tapi mase korang naik tu, banyak je checkpoint yg korg bole jupe berupa pondok2 bagi membolehkan korang berehat sambil bergambo haha.. mmg byk la gambo ber selfie, maklom la pacik pon nak ikot trend terkini hihih..
Pondok rehat (jgn ikut aksi pacik ni keh keh keh)

seperti biase la, geng2 wanita besi ni dorang naik bukit dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. maklom la sambil naik dorang bergelak sakan, memang betul2 riadah dorang ni. tapi kat mulot dorang tetap ade tentang ISM (confernce under UMP hihi) jugak. Kami bertiga amik keputusan untuk naik dulu kerna mcm tak sanggup je nak tunggu dorang hahahah dan akan berjumpe dengan dorang kat atas je la. Sgt tak gentlemen tp itu permintaan dari wanita2 besi itu.  on the way naik atas tu berselisih la dgn lecturer FIST, Dr Guru dgn student2 die nak turun bwh. Tak kurang plak berselisih pacik2 n macik yang dah pangkat atok n nenek pon same mjage kesihatan.  Lebih kurang 40 - 45 minit kot duration untuk sampai ke atas. Akhirnye kami berjaya sampai di atas bukit panorama. Yeahhh misi kami berjaya. Tapi kat atas tu takde orang menjual pape. oleh itu nasihat saya lagi, sila bawak air n makanan untuk mereka yang nak berkelah kat atas tu yer. hihihi. Special thank to smue yang join sbb dorang sgt sporting, Farid, zuhri dan wanita2 besi. Berikut adelah sedikit gambo sepanjang kami kat atas tu.












Thursday, February 13, 2014

Catatan Kisah kita!!~

tadi duduk membaca sambil pasang radio. tetibe juru hebah tu memutarkan lagu cinta  muka buku by najwa latif.. dari situ la memori lalu tetibe datang bertandang ke minda.. dier penah cakap ini lagu kita... klo terdengar lagu ni suatu hari nanti akan mengingati memori kau dan aku... seyes... btoi!!~ menganggu mood aku saje hihi

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

April 2013, Allah bertemukan aku dan engkau. hanya melalui fesbok. tak sangka plak dengan satu butang aku click, ko terima aku sebagai kawan dalam fesbok kau. ketika itu kau ade masalah dengan kekasih kau. jiwa kau kosong. aku hanya melihat keindahan satu ciptaan Allah dr gambar sahaja. Aku bace setiap luahan status ko dan cuba gantikan dengan senda gurau. tak sangke persahabatan mula terjalin. Sweet sgt time tu. aku Encik Panda dan engkau  _0_a_... tapi itu kenangan....


Dan pabila kau kata 
kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Julai 2013, dari fesbok bertukar ke kakaO talk. kita sll bertukar2 gambar. bermessage tentang juadah berbuka puasa dan membangunkan antara satu same lain mase bersahur. sangat indah klo di kenang kan kembali ape yang telah berlalu. Dari bermessage kita tukar ke telefon. Rindu pula ketika itu, berbual mesra. Tetibe kau ajukan satu pertanyaan kepada aku. Dia: Agk2 bila kita akan bertemu? Aku: Akhir ramadhan nanti. InsyaAllah. Satu senyuman terbit kat muke aku. tersekat dgn pertanyaan dan jawapan yang aku beri.


Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Ogos 2013, Lepas berbuka puasa di hari terakhir dengan keluarga time tu. Alhamdulilah anak buah n abg2 dan kak ipar aku balik. Ayah je takde sbb bukak puasa kat masjid. Oleh kerna ade orang temankan ibu memasak smue, aku pon menyelusup kuar. aku pegi berjumpa dia. Masya Allah... indah nye ciptaan Allah depan aku. kecik molek je orang di depan aku. borak2 dan orang nye sangat kelakar. tak kering gusi duduk borak dengan beliau. indah nyer pertemuan ketika itu. aku senyum sorang teringat ape yang blaku dulu. Sejak pertemuan itu, esok nye kami kuar lagi. so lepas abis keja tros message ajak dier kuar. dier pakai baju raya hari 1st kaler merah. perh kaler kesukaan aku tu.comel je orang nye. bkn nye beraya, tapi lebih kepada bersembang2. tak sangka plak hri tu dier bwk bekal. nyum3 nasi dan ayam masak kicap dan sayur.. ktorg makan bersama time tu. sedap sangat. mungkin itu kali pertama dan terakhir aku dapat merasa air tangan dier. so sad. Then selalu gak kitaorg lepak kat kampung baru, klcc, titiwangsa. Mengingatkan aku tentang jalan2 kat kg baru yang aku dah lupe. haha lupe sudah jalan kat situ hihih. That time ktorg bjanji akan jadi kawan baik selamenye...

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda hanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta


21 Ogos 2013, sebelum pegi ni ade plak konflik, gaduh dengan die.. semua pasal fesbok la tapi yang jelas dier menipu aku time tu. aku rasa sepatut nye aku dah tinggalkan dier ketika itu jugak dan buang dier dari hidup ni.. Aku selalu percaya pada satu benda, "klo satu perhubungan itu bermula dengan penipuan, ianya akan berakhir dengan penipuan jugak" ....tapi hati ni terlalu lembut dan memberi kemaafan kepada dier. aku rasa beliau layak di maafkan. mungkin kerna aku sayang dia. mungkin kerna aku tidak sanggup kehilangan beliau. Aku merasakan setiap manusia yang bersalah layak di maafkan. aku kalah dengan kata-kata kemaafan beliau. tapi bila di fikirkan semula, tiada hubungan cinta yang jelas kami zahirkan dan kenape perlu beliau memujuk aku. Thinking mode up!!~ hahaha

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

September 2013, daftar untuk Phd kat universiti malaysia pahang. Alhamdulilah dapat gak sambung ke tahap ni. bermaksud aku akan berpisah dengan die. oh noooo.... tp aku redo je la. aku janji akan selalu msg dier... selalu call dier... aku cakap kat dier, klo ade orang lain yang nak kat dier. tolong pegi kat orang tu. jangan tunggu aku. cewahh kenapa la ayat tu terkeluar dari mulot aku. siooott...pandai ko sahimel.. daftar la aku sebagai pelajar semula. dier sedih sgt sbb aku janji nak sambut burdei dier... 18 september 2013. aku tetap pulang ke kl, maklom la dah janji kan nak sambut same dier... malam tu aku. ktorg beli kek kat klcc... igtkan nak potong kek kat situ, tp kena halau plak hihih. so terpakse la pegi titiwangsa. bersama2 sate, kek untuk  sambut burdei beliau. ketika itu la nampak sedikit kebahagian.

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Oktober 2013, ketika itu la ujian persahabatan kami banyak. bercakar-cakaran la. slalu bertikam lidah. pelik aku. adekah kerna jarak yang menjadi punca atau kerna aku telah berubah. makin lama makin teruk. adekah kerna aku cemburu.aku pon tak pasti. aku keliru dengan diri aku sendiri. Aku selalu berdoa ketika tu. "Ya Allah, jaga lah dia untuk aku. Senyumkan die setiap hari.Bertemukan dan berpisah kami kerna Mu, Ya Allah... " Makin lame aku rasa keserasian itu makin pudar, yang kekal hubungan ini adelah kerna aku sll msg beliau. Beliau? bagaikan sudah give up dengan aku. Aku redo n pasrah. aku dah buat yang terbaik untuk menjaga perhubungan ini. 

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku



November 2013, hari ni ko temankan aku lepak kat mcd jalan pahang. sampai pukul 3 lebih. terharu sangat kebaikan dalam menemani aku. kau bazikan masa demi aku. terharu, tapi kenapa sahabat, tiap kali henpon ko berbunyi msg dan ko balas nye. tidak pentingkah aku ketika itu kepada engkau. jika dulu, satu msg ko takkan balas bila bersama ku. ko dah berubah banyak. atau aku terlalu sensitif. mungkin jugak. jikalau benar kau ade orang lain. kasi tahu la je. aku tak pernah marah pon. sebab aku tau kita jauh dan ko bosan. KEBENARAN. itu sahaja yang aku perlukan. tapi ko selalu mengelak dan akhirnye meregangkan hubungan yang memang sedia regang. the best part iz, time ni kau delete smue kenangan gambar kita bersama. ko tak mengaku aku ini sahabat baik dah tapi seorang kawan biasa je di hati mu. aku terima itu. 

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Disember 2013, tiada apa yang dapat di selamatkan lagi. engkau bagaikan mencari kesalahan aku sahaja. ada baik aku melepaskan ko pergi dari hidup ku. Aku saje bangkitkan sebuah api persengketaan di mana akhirnye benda itu menimbulkan kemarahan dalam diri kau. Pabila kau merasakan ego itu lagi penting dari sebuah persahabatan, akhirnye ko pergi jua dr hidup aku. mesti kau penat melayan karenah aku. Terime kasih kerna pernah menjadi sahabat aku. Terime kasih menjadi mata, laptop, beg dan segala2 nye.. aku mintak halal dunia akhirat jikalau ade termakan pape dan aku halal segala yang aku kasi kat ko. Aku nak minta maaf sekiranya hati kau terluka dan kini aku bersedia melepaskan kau pergi dari hidup ku. Aku menyesal kerna hubungan ini berakhir begitu dan menyesal menciptakan kebencian dalam hati mu. Aku belajar sesuatu dari perhubungan aku dengan ko. pertama, tidak melupakan akal dalam memilih dan membuat keputusan. kedua, matang dalam melakukan tindakan. ketiga, jangan pernah mencipta kebencian untuk menghapuskan satu perhubungan itu dan yang terakhir, jangan meragui seseorang yang sayang kepada  kita. Alhamdulilah, seronok perkenalan bersama kamu dan terima kasih kerna pernah menjadi sahabat ku... 




Thursday, July 4, 2013

Tips lelaki romantik macam dalam novel


Perhhh tajuk pon dah mengancam. Ramai orang kate lelaki melayu ni tak romantik? Siap kuar artikel lagi mengatakan yang lelaki melayu tak romantik bagai. Mungkin kot sbb ego dan perasan bagus smpai dorang lupe. Junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW pun ade sifat romantik terhadap isteri2 nye. Kenape tidak kita sebagai umat nye mencontohi Rasulullah kita. Memang betul kita hanya berjumpe lelaki romantik dlm novel terutama penulis wanita. Ayat dorang menceritakan dalam novel itu sebenarnye ape yang di harapkan seorang wanita kepada lelaki nye. Oleh itu semua lelaki melayu, bersedia berubah menjadi romantik. Tp jangan la sampai jadi jiwang karat. Muntah pelangi la plak hihi. Ape yang aku tulis termasok dengan pengalaman yang aku ade. Aku bole dikategorikan romantik gak la. hahaha kena bercinta dengan aku dlu la baru tau. kena isi borang dulu yer.. hihih.. Alamak lari topik lak. Berikut tips2 yang aku blaja dalam novel2 yang aku bace.



#1 sentiasa memberi kucupan dan peluk kepada si dia sambil mengucapkan sayang dan cinta
Yang ni aku xpernah buat, maklom la blom kawin. Hahaha untuk yang da kawin je bole buat ok, yg lom kawin jangan nak mengatal buat. Aku sepuk gak kang.  Dalam novel, hero n heroin sll berpelukan dan kdg2 memberi kucupan. Kucupan si dia di dahi, pipi, bibir, tangan dan di mane saje sebelum kuar gi keja atau waktu pagi pon dah cukup mengembirakan permaisuri hati kita itu. Pelukan dapat memberi kehangatan kepada pasangan dan ianya akan lebih mengeratkan lagi antara anda dan isteri. Sambil tu, ucapkan perkataan yang manis dan sedap di dengar. Takkan mase bercinta bole bermadah pujangga, dah kawin semua tu hilangkan. So mase pelukan dan kucupan ini la ade ucapkan perkataan cinta agar cinta yang anda itu sentiasa mekar bak bunga di taman. Cewahh ayat aku pon xmenahan, hihih. Senang je kan, pelukan, kucupan dan ucapan cinta dan sayang. Wahai suami di luar sana, ini asas untuk menjadi seorang yang romantik ok.. Hihih...

#2 beri kejutan dan membawa ke suatu tempat yang romantik
Dalam novel, banyak gak mereka bercerita tentang kejutan yang diberikan kepada isteri mereka. Sebagai contoh, novel suamiku my perfect 10, si suami memasakkan untuk wife dier. Itu pon salah satu kejutan yang anda bole lakukan untuk isteri anda. Selain itu kejutan dengan membuat decoration dalam bilik. Sesuatu yang wife tak jangka anda mampu lakukan.. Kire tak tercapai akal mu la. Hihihi tak pon kalau ade extra money, bawak la wife kamu ke tempat yang romantik. Pegi candle lite dinner ke. Dok tepi tasik sambil makan gelak2. Bukan kah itu romantik. Dalam novel M.A.I.D, si suami memberi kejutan isteri dengan honeymoon ke paris. Memang asyik setiap word yang di gunakan untuk mengambarkan keromantikan suami itu. Oleh itu, anda tiru sahaja gaya novel ini. Memberi kejutan dengan meletakkan tiket kapal terbang dan percutian dalam handbag ke? Jangan hanya pegi honeymoon untuk pertama kali lepas kawin saja, pergi setiap 6 bulan pon okie.. Wanita memang suka pada kejutan dan tempat2 romantik ini. Bukan itu akan lebih mengharumkan bunga2 cinta yang sedang mekar di taman. Awesome!!

#3 berjalan berpimpin tangan dan berpakaian sewarna
Mase aku couple dlu, aku paling tak suke klo pakai baju sewarna. Letih dah mcm badut sarkas aje. Tp kebanyakkan dalam novel menceritakan tentang ini. Dan ex aku marah gak bler dier soh beli baju same kaler mesti aku pilih kaler lain. Rupenye kawan2, benda itu penting untuk menunjukkan kita ini ade lah lelaki romantik. Sebab kaler yang sama bermaksud hati kita sama kaler merasai satu cinta yang sama. Ala klo time raye korang bole pakai satu keluarga tok yang, nenek, mak su smue pakai satu kaler, awat la time kuar dengan isteri or awek tak bole plak kan. Lepas tu wahai encik lelaki, jangan lupe pegang tangan isteri, pegang erat bagaikan tidak terlepas. jangan la jalan mendodong ke depan tapi wife dah tinggal kat belakang 10km. Expecially mereka yang dah ade anak. JANGAN MACAM TU BRO!! Baju dah sama, ape salah nye pegang tangan isteri tu dan anak2. Orang lain tengok kan cakap romantik nye couple tu. Walaupun dah kawin still berpegangan tangan. Doa tu kot. Bahagia la nantii tapi klo yang belum kawin jgn mengatal nak pegang awek tu. HARAM!! Aku nasihat diri aku jua dan memohon keampunan Allah untuk yang dah lepas dulu. Ops termasok ceramah plak. Anway lelaki bakal romantik, sila cuba yang ini ok. Niceee!!

#4 sentiasa memberi pujian sambil memandang tepat ke mata si dia
Benda ini suatu yang wajib anda praktik kan wahai lelaki di luar sana. Kebanyakkan novel yang aku bce, smue nye memang menjadikan pujian kepada isteri atau kekasih mereka sebagai salah satu agenda yang wajib ada. Oleh itu aku simpul kan yang wanita sebenarnye suka dipuji oleh mereka yang di sayangi terutama lelaki. Ini tidak, bler kekasih or isteri tanya, awk2 lawa tak saya pakai ni? Korang pon jawap, ok je. Ape salah nye tambah sikit bahasa tu. Awk kelihatan angun dan cantik. For sure isteri or awek korang mesti tersenyum sorang. Walaupun maksud nye agak sama, tapi sebenarnye bagi wanita pujian itu amatlah berhargai. Mereka bole lentok kalau anda pandai puji lebih2 hihihi. Lagi2 klo anda puji mereka dalam keadaan anda memandang tepat ke mata beliau. Lagi la senyuman plus blusshing2 merah pipi mereka tau. Renungan mata itu bagaikan suatu kuasa lagi2 ianya bukti kita ikhlas memuji pasangan kita. Sebab tu ade orang cakap, cinta dari pandangan mata... Dari pandangan mata jatuh ke dalam hati terus. Oleh itu lelaki yang separuh romantik, pastikan anda memuji pasangan anda dan tenung ke dalam mata dia. Chill!!

#5 senyuman manis menghiris kalbu
Perh macam tajuk lagu je kan. Senyuman yang macam mane bole menghiris kalbu sehingga dikatakan romantik tu. Kebanyakkan penulis wanita dalam novel mengambarkan senyum si suami sebagai tersenyum manis dan mengoda. Kirenye, untuk menjadi suami or boifren yang romantik, sentiasa la memberi senyuman kepada yang tersayang. Biasenye wanita dalam novel akan bermonolog dalam hati memuji senyuman insan tersayang. Boleh dikatakan sebagai senyuman merupakan element penting dalam kehidupan wanita. Seyes, lelaki pon same gak. Aku pon bole tangkap lentok bila tengok senyuman ni. Kadang2 dalam part manusia ni, bila kita melihat senyuman org yang kita rindui itu ibarat mcm posyen yang akan buat kita pon senyum sama. Hebatkan kuasa senyuman manis menghiris kalbu ini. Wakaka yelahkan wanita or kekasih biasenye sibuk dengan rutin harian, oleh itu bila melihat anda tersenyum yang mengoda, tenang sikit hati. Start from today gentlemen, smile from ur heart to ur lover!! 

#6 menghargai si dia dengan memberi hadiah
Wanita sentiasa mahu disayangi, di hargai dan di cintai. Kebanyakkan novel yang aku baca bercerita hebat tentang lelaki romantik sentiasa memberi hadiah kepada wife or kekasih nye. Antara hadiah yang  selalu di berikan dalam novel ialah jambangan bunga mawar, kad, coklat dan macam2 lagi. Tapi hadiah itu orang kata kena ukur baju di badan sendiri la. Nak dikatakan romantik wahai lelaki sekalian, kasi la isteri atau kekasih anda sejambak bunga mawar, klo dier suka mawar la. Ikut bunga apa dier suka. Wanita dan bunga memang tak boleh di pisahkan. Banyak perihal melayu lama mengambarkan wanita dan bunga. Aku rasa memang sweett sangat kalau kasi bunga ni. Percaya la. Haruman bunga2 cinta yang mekar td akan menjadi semerbak lagi rasa cinta di hati dengan romantik ini. Sambil itu hadiahkan lah kad. Kalau korang jenis pandai bermadah pujangga, ape lagi karang la sajak ke, pantun 16 kerat ke, gurimdam ke? Wanita itu akan merasa anda menghargainya dengan kejujuran kata itu. Klo anda pandai main muzik instrument, ini la mase anda nanyikan untuk beliau. haha tetibe teringat mase muda2 dlu dengan my ex! bia la rahsie hihihi.. Coklat pon not bad gak klo tak kasi. Tp tengok kesesuaian orang yang nak menerima. Sebab dalam resepi coklat kan ade bahan bole mengembirakan seseorang. So y not.. Macam2 itu andakena fikir sediri mcm mana anda nak hargai isteri or wife anda. Belikan buah tangan if pegi outstation salah satu menghargai orang yg kita sayang jugak. Hargai mereka sebelum mereka pergi dari kita!! No problem..

#7 pujuk si dia ketika merajuk
Biase la perempuan kan, jiwa mereka memang Allah jadikan sensitive. Sebab tu la kuar peribahasa, hati perempuan ini macam kerak nasi, letak air lembut la dia. Ekculi, klo wanita dah merajuk sebenarnye dier nak di belai. Itu yang aku blaja dalam novel sebenarnya, saya isteri dia! Aku tau yang kita lelaki ni memang memiliki ego yang tinggi. Tapi mane lagi penting, ego atau perhubungan. Kawan aku mase blaja degree, luqman berkata buangkan ego demi menjaga suatu perhubangan. Aku bersetuju dengan kata2 itu. Sejujurnye, dalam perhubungan aku yang terdahulu, aku meletakkan ego yang tinggi, akhirnye hubungan itu kecundang. Kita lelaki tak salah meminta maap kepada isteri walaupun takde kesalahan kerna itu akan menjernihkan perhubungan. Pujuk la dier dengan kata2 cinta, pujian, insyallah kita sudah termaktub sebagai lelaki romantik. Isteri, insan ciptaan Allah dri rusuk kiri kita, takkan sudi kita menyakiti rusuk kiri kita wahai lelaki yang romantik. Pujuk la isteri anda dengan kata yang terbaik. Insyallah nasihat untuk diri sendiri jua ni. Maklom la belom berkahwin kan. Wahai tulang rusuk ku! Aku rela bersabar demi memujuk diri mu.. 

#8 amik tahu tarikh keramat
Untuk mendidik menjadi lelaki yang romantik ni, anda kena tahu tarikh keramat. Ape yang di maksudkan dengan tarikh keramat? Tarikh2 penting la macam anniversary kawin, bler first jupe, bler hari lahir anak or wife or kekasih. Semua tu kira penting la. Dalam novel ade di ceritakan tentang tarikh penting ni. tak berapa direct sangat. contoh nye isteri tertido di meja menuggu kepulangan suami untuk menyambut ulang tahun perkahiwinan. selalu banyak yang macam ni la. Perempuan sangat2 fussy tentang benda ni. Sampaikan ianya boleh menjadi perang dunia ke 3 klo tak igt benda ni. Cara nye senang je. Catatkan di mana2 yang anda selalu lihat ataupun sekarang fone semua dah smart smart kan.. So letak reminder la bro. Haiya kate nak jadi romantik kena la susah skit. Dlu my ex penah tnye bler kita jupe, bler kita date... Haish mne la nak igt benda tak penting tu. Memang bgado besar la wakakakaka... Lawak la plak bler igt balik. Lelaki romantik, igt la tarikh tu walaupun sibuk berkerja k..

#9 mengambil berat dan memberi perhatian
Ada la dalam satu novel tu, si suami tak amik berat smpai wife dier pengsan. Kesian. Wanita ini memang Allah ciptakan mereka dengan manja dan lembut pada suami mereka. Jikalau kurang kasih sayang, maka mereka ibarat tanah yang kontang. Ibarat je tau. Jangan saman aku plak lepas ni. Untuk  dikatakan romantik, wahai lelaki amik berat dan berikan sedikit perhatian kepada isteri atau kekasih anda. Walaupun anda sibuk berkerja, tengahri mase lunch hour tu, telefon wife dah makan ke lom, borak mesra, sms cinta. Tapi jangan kerap sangat nanti rimas plak kang macam tak bole berenggang. Ikut akal kita jugak la. As long as, she know kita take care her and attention to her. Jangan diamm je seharian then balik baru nak mulakan. Perempuan ni sifat cemburu mesti ada. Oleh itu kena jaga hati dan perasaan mereka. Kena peka dengan perasaan dan kehendak mereka. Insyallah dah lengkap menjadi romantik.

#10 menjadi seorang yang matang dan tenang.
Kebanyakkan dalam novel, lelaki itu akan menghadapi setiap masalah dengan matang dan tenang. Oleh itu aku rase, untuk menjadi lelaki yang romantik, kita perlu ade dua sifat ni matang dan tenang. Matang disini bukan lah maksud berusia atau soh kawin bila usia lanjut. Tapi lebih kepada pemikiran yang matang di mana kita membuat keputusan yang betul yang kena dengan situasi nye. Selain itu jugak, wanita ske lelaki yang cool or tenang. Mungkin sebab Wanita ske membebel untuk menarik perhatian kita. Hahah ini pengalaman aku dlu. So bler dapat lelaki yang cool or tenang, so dorang akan lebih tenang untuk berbicara kerana mereka lebih kepada pendengar yang setia dan baik. Lebih di lihat romantik di mata wanita. Selain dari itu, wanita merasaka. Bagaikan lelaki yang matang dan tenang ini sebagi penyokong setia mereka di belakang. Bukan itu lebih menghiburkan hati mereka? Tepuk iman tnya hati.


Itu la sedikit coretan yang dapat aku ungkap dari novel. Ape yang blaku dalam novel tak sama dengan yang blaku di dunia realiti. Ade lagi kah lelaki romantik selain aku? Entah la. Harap ade lahi spesis romantik itu. WAhai lelaki cubalha untuk menjadi seromantik yang boleh bagi menjaga perhubungan ini kelak. Bye bye!!

Friday, June 21, 2013

Gym oh gym

Alhamdulilah dengan mengunakan produk herbalife, aku dapat turun berat daripada 84.6 ke 72kg dlm mase sebulan. Woww mmg impresss kan dengan dan skrg maintain. Dah makan herbalife untuk 9 bln.   Terime kasih Allah terima ibu dan ayah terima kasih herbalife.

Actually, aku bukan nak cter tentang turun berat badan or produk herbalife. Tp pengalaman pegi gym. Cewahh excited gler ni. Yelah first time.. Bler aku da turun berat badan tu. Habis smue nye turun.. Dgn lemak n muscle aku turun. Orang kte utk dapat tubuh yang seksi dan mjadi kegilaaan awek2 di luar sane.. Abg titus kena ade 6pax. Maklom la skrg ni hanye ade one pack of perut. Tak brp nak seksi la.. Agak seksa hihih. So dengan itu kena kuatkan diri pegi gym. Hahaha. Aku bukan pegi gym nak dpt otot yang besar2 tu mcm org nak msuk ptandingan. tujuan juz nak naikkan muscle ckit je. xde la nampak terlalu kurus. ade la bonjol kt tangan ckit. itu pon dah memadai. hahah naik 6pax on okie la. hihih then, aku pikir solution mcm ner. Nasib wa baik coz  kazen aku, eika cikot keja kat gym. So dier yang bawak ak memperkenalkan ape tu gym. Tmpt dier atas madura tingkt tiga. Daftr member utk sebulan dlm rm80. Woww xde la mahal sgt. Terase sedikit kat atie, mase kat USM dlu gym free je tp aku xmo pegi. Tp seyes coz xde instructor agk payah kot. Hihih takpe la.. Insyallah ade rezeki len.

1st day aku pegi sne. Eika soh aku pakai suar track n baju sukan. Perh eika janji aku kol 630 tp tak smpai2 lg. Mmg ikotkan atie nak balik je la. Kuatkan semangat jgk hahaha... Maklom la da tgl dua bulan je lagi sebelom aku fly2 away hihihi. Then minah tu smpai dengan moto ego nye. Hahaha maw kena ayat fire dgn aku. Aku agk alergik dgn orang lambat. Itu la masalah bekas komander Uitm. Hahaha. Ok lepas register. Eika terang kat aku mula2 kena wat kardio dlu.. Gune step up, ade pace la.. Ade climbing la. So sambil wat step up tu.. Aku pon borak2.. Lepas dah 10 minit mcm tu. Eika kte, "oit giler, ko warming up tak td?" Aku geleng la pale. Wakaka rupenye nak gi gym kena warming up jgk. Same je.. Hahahaha da peluh2 ne nak warm ape lg aku cakap kt dier.. Wkaakakak ptt nye kena dlm 30 minit... Dan pembakaran kalori 300.. Tp aku x laarat maklom la first day.. 15 minit je... Len dgn jogging plak tu.. Hihihi rupenye gune mesin ne lg byk peluh yang akan menitik. Hihih. Then lepas tu ktorg sambung dgn track mill... Perh besh gler nek benda ni... Wakakaakak seyes bole nek kan speed dier... Bole naikkan satah condong dier. Sesuatu yang amat menarik sgt. 30 minit. Rupenye 5 minit terakhir kita kena slowkan speed utk kasi kita cool down... Takot jantung kita pam da laju tros berenti so agk bahaye.. Ke instructor aku a.k.a kazen aku eika cikot. Hahaha [[slmt dier x bce blog aku]]

Lepas tu start la aku nye penderitaan. Tidakk kena blaja untuk naikkan chest. Maklom la dulu aku gemok.. So tang dada tu dah bole kalahkan pamela andison kot.. Wkakaka aku jogging kuat mne pon mmmg susah nak ilang lemak kt situ. So gym je la satu cara untuk aku kental kan semula bahagian tu. Aku di perkenalkan dengan che mad. Perh tangan beliau sgt menakotkan sbb besaq mcm kayu balak. Dier akan ajr untuk chest.. Mcm2 la dier ajar utk mgelakkan sakit blakang... Tangan terkehel. Sgt baik dan dier ajr sgt teperinci. Hohoho. Somula2 5 kg... Lepas 10 round... Lepas tu 7.5... Beratttt kot... Mas tangan aku nak tercabut menahan nye. Hihih so dier tukar 2.5.... Tgk2 tangan aku da sakit tros tukar yg kosong nye. Itu pon dah tak laarat. Habis je wat benda tu. Aku bru blaja dua cara. So ade lagi tiga cara yang aku ptt kena tahu. Perh alik2 sambung esok coz dah kol 730pm time tu nak balik dah magrib. Tp seyes mmg besh gler rupenye gi gym. Ramai kawan kat situ hihihi... Sebelom aku balik, che mad pesan soh aku makan sebelom pegi gym utk esok nye. Maklom la,nampak sgt aku xde energy td. Wakaka so esok aku kena makan sebelom dtg gym hihihi. Pengalaman terbaik kat gym di hari pertama.

Balik je sampai umah, perh tangan aku punya la sakit, bahagian dada ape tah lagi sakit nye la. Redha jela dan perjuangan ini kena teruskan untuk dua bulan ini. No pain no gain!!

Mr titus (",)


Thursday, June 20, 2013

Mencari ketenangan daripada alam ciptaan Allah

Perh tajuk pon dah islamic. Hihih entah kenape semenjak dua menjak ni berperang dengan perasaan je. Bukan sebab cinta tapi sebab tingggal dua bulan aje lagi untuk buat keputusan. Untuk memilih hala tuju hidup ni. Bila aku fikirkan balik, banyak nye cabaran yang harus aku tanggungi kalau aku amik yang sebelah sana. Nak cari kawan baru lagi. Nak kena kenalkan tempat itu lagi. Walaupun kawan2 aku kata aku ni mesra alam dan senang2 jupe kawan kat sane. Tp hati ni macam tak konfident je plak. Hahaha kenapa la hati ni terlalu munafik dan berubah2 sikap. Tidak bolehkah meletakkan satu keputusan itu dan teruskan saja. Memang aku dah buat istikarah dan kembali meminta petunjuk pada Allah. Alhamdulilah, Allah memudahkan urusan aku untuk memilih yang A, tp bisikan hati yang selalu berubah dan merisaukan aku. Dugaan yang Allah nak uji aku sebelum aku menempuh satu alam baru. Masyallah, keputusan kena di buat jugak.

Buat masa sekarang, perhubungan cinta mmg bukan yang aku fikirkan. Whattt... U da 27 la encik titus oit... Hahaha bak kte kawan aku, lelaki takpe klo kawin lambat. Aku pon ikot je la cakap kawan aku tu. Mungkin mata orang tua ku lebih mengetahui perempuan mana yang sesuai untuk aku.. Aku pon let go je la... Hidup kena enjoy hihihi... Senyum senyum senyummm dan masih mude untuk kawin dan ade anak... 

Ketenangan melalui keindahan milik tuhan


Untuk tenangkan fikiran... Selasa n rabu lepas aku pegi cameron highland. Tido sane. Ini sumue kepala gila kawan2 aku la.. Kte nak gi kelate.. Slmt aku tak tempah hotel kat sne. Maklom la dorg bercuti sebelom paper.. So ape lagi, layankan je la dorang tu. Aku kte nak gi kelate, alik2 dorg gi cameron. Cehhh tapi xpe.. Wlpn kualiti udara kurang baik skrg. Tapi kotrg enjoy2 gak. Yang pelik, dorang mcm tau je aku ade problem. Agak nye btoi la org cakap. Wajah aku tak reti sembunyi ade masalah. Oit oit oit itu bukan titus la.... Titus sgt pandai blakon n pandai sembunyi mslh... Hiihihihi ape2 seronok dpt bercuti dengan dorg. Keja asyik makan2. Pdhal dua minggu lepas or 3 minggu lepas, aku n family baru je naik kat ats tu. Haish.... Lpas ni aku akan fobia sama strawberry sebulan wakakaka.... Nice guys.. Hihihih. 

Pic kt bwh ni kenangan kt tepi pantai. Hahaha time ne kuar dgn euuwwww... Mcm tak mo igt je... Terjupe plak dlm fesbokk pic ni. Rase nak delete je. Tapi lawa plak.. So simpan je la. Hihihihi adekah manusia yang ikhlas berkawan dengan aku tanpa mengharapkan pape. Perhubungan itu complicated dan aku berharap sekarang hanyalah berkawan. 

Mr titus ^^


Friday, May 31, 2013

Yeahhh i am got my master... Call me Master titus!!!

Assalamualaikum semua... First time menaip blog daripada ipad ni. Wakakaka lepas ni selalu la aku update blog ni. Wakaka alhamdulilah, dah habis master aku. Terima kasih untuk ibu dan ayah ku yang terlalu banyak memberi sokongon moral dan money. Hihih maklom la time tu dah tak keja so duit pon kurang. Tp dorang yang tak maw kasi aku keja. Haha aku pon ape lagi mengambil kesempatan. Cewahh.. Gambo yang atas sekali mase diploma, blaja kat uitm machang kelate tp konvo kat uitm shah alam. Tahun tu 2008 klo tak salah aku. Teringat lagi mase tu. ade krisis ekonomi yang sangat teruk dalam keluarga aku. Klo teringat balik kisah time tu. rase nak menangis air mata. Beberapa hari sebelum konvo ni, ayah dan ibu jual kereta, so dorang datang merempit je dari gombak. Mulanya aku tak maw kasi dorang datang, kesian kan jauh jarak dari gombak ke shah alam. Tp dorang gagah nak pergi. Maklom lah nak melihat anak bongsu mereka menerima segulung diploma. Hihihi.

Gambo yang second tu mase kat uitm shah alam gak, mase tu aku menerima segulung ijazah matematik. Alhamdulilah mase ne semua berada dalam keadaan baik. Tengok saja la saiz badan ibu aku daripada s ke m kot. Maklom la.. Happy sangat kan. Bersyukur sangat, wlpun mase itu aku berkerja sambil blaja, tp aku dapat menamatkan jugak ijazah aku. Memang penat tapi aku harungi jugak demi ibu dan ayah aku sanggup je. Gambo tue di ambil pada 2010. 
Dari atas : Diploma 2008, Degree 2010 dan Master 2013
Lepas je habis degree, aku keja partime kat TGV. Hihih maklom la bidang wayang ni mmg tak bole lari daripada hidup aku. Melekat keja kat situ smpai setahun lebih. 2011 terbukak hati nak sambung ke peringkat seterus nya. Mase tu kawan aku, hamzah mengoffer aku untuk smbg bersama di USM. Aku pon fikir byk gak la then tros amik keputusan untuk sambung. tukar balik daripada matematik ke statistik. hahahah Alhamdulilah, setelah berhempas pulas selama setaun setengah, akhir nye awal tahun 2013 menlakar sejarah dalam hidup aku. Di anugerahkan sebagai master of statistics daripada Universiti Sains Malaysia. Wowww universiti APEX tu. wakakaka alhamdulilah. 

Didalam dewan Konvo

Terima kasih Ayah dan Ibu sebab membesarkan aku walaupun tidak mewah tapi cukup untuk pakai dan makan. Aku sebagai anak mungkin tidak terbalas jasa yang telah di beri dari aku lahir sehingga sekadar. Terlalu besar. Anak mu ini kita sudah ada master, biarlah sedara mara mencaci ibu dan ayah, bersabar lah kerna dunia ini sementara. Ibu dan ayah, imel berjaya banggakan ibu dan ayah dengan menjadi cucu pertama RAKIAH n HASSAN, SAID n MAIMUNAH yg berjaya mengenggam segulung master. Walaupun tidak sejauh bath, tapi aku memiliki jugak. Apalah guna pergi luar negara kalau hanya mendapat cukup makan dan balik ke Malaysia menanggung hutang setengah juta ringgit malaysia. Malaysia pun ada jugak.
Regards,
Mr Titus ^,^

Saturday, September 29, 2012

Kita


Assalamualaikumm... di pagi ahad yang indah ini.. ingin aku kongsi kan sebuah nurkilan yang indah yang aku terbace semasa aku tgh on9 fb... tajok dier xbrp nak tau... tp not bad la... kate2 dier mmg tulus dr hati membicara ttg diri kita yang sebenar.. mungkin ini akan memberi ilham utk kita kenapa kita idop di bumi ini.. tahniah n terima kasih kpd penulis yang berbakat ini... Encik Faez Sulaiman...

Kita…
Dilahirkan bukan untuk berduka
Bukan untuk bersengketa
Bukan untuk disakiti
Bukan untuk dicaci
Bukan juga untuk membenci

Tapi kita…
Dilahirkan untuk kebahagiaan yang berpanjangan
Untuk saling sayang-menyayangi sesama insan
Untuk harungi liku-liku hidup yang penuh keriangan…

Lahirnya kita…
Kedunia ini hanyalah untuk menempuh segala
Dugaan dan cabaran…(Terkandung dalam Semua)
Salah satu dari ujianNYA …

Mampukah kita mengeratkan SILATURRAHIM
Mampukah kita mengelakkan kekejaman
Mampukah kita saling bersalaman
Mampukah kita cinta mencintai sesama insan

Apabila kita…
Tak mampu melakukan yang diamanahkan
Bolehkah kita mendabik dada membiarkan
Sesuatu yang berlaku janganlah dianggap kebetulan
Semua yang tertulis adalah Suratan

Sesamalah kita menafaatkan
Suruhan Tuhan jangan dilupakan
Moga kehidupan kita mendapat keredhaan…

search kat fesbok name penulis sajak ini FAEZ SULAIMAN...