Thursday, February 13, 2014

Catatan Kisah kita!!~

tadi duduk membaca sambil pasang radio. tetibe juru hebah tu memutarkan lagu cinta  muka buku by najwa latif.. dari situ la memori lalu tetibe datang bertandang ke minda.. dier penah cakap ini lagu kita... klo terdengar lagu ni suatu hari nanti akan mengingati memori kau dan aku... seyes... btoi!!~ menganggu mood aku saje hihi

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu Oooo…
Hati ku rasa sesuatu..

April 2013, Allah bertemukan aku dan engkau. hanya melalui fesbok. tak sangka plak dengan satu butang aku click, ko terima aku sebagai kawan dalam fesbok kau. ketika itu kau ade masalah dengan kekasih kau. jiwa kau kosong. aku hanya melihat keindahan satu ciptaan Allah dr gambar sahaja. Aku bace setiap luahan status ko dan cuba gantikan dengan senda gurau. tak sangke persahabatan mula terjalin. Sweet sgt time tu. aku Encik Panda dan engkau  _0_a_... tapi itu kenangan....


Dan pabila kau kata 
kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Julai 2013, dari fesbok bertukar ke kakaO talk. kita sll bertukar2 gambar. bermessage tentang juadah berbuka puasa dan membangunkan antara satu same lain mase bersahur. sangat indah klo di kenang kan kembali ape yang telah berlalu. Dari bermessage kita tukar ke telefon. Rindu pula ketika itu, berbual mesra. Tetibe kau ajukan satu pertanyaan kepada aku. Dia: Agk2 bila kita akan bertemu? Aku: Akhir ramadhan nanti. InsyaAllah. Satu senyuman terbit kat muke aku. tersekat dgn pertanyaan dan jawapan yang aku beri.


Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Ogos 2013, Lepas berbuka puasa di hari terakhir dengan keluarga time tu. Alhamdulilah anak buah n abg2 dan kak ipar aku balik. Ayah je takde sbb bukak puasa kat masjid. Oleh kerna ade orang temankan ibu memasak smue, aku pon menyelusup kuar. aku pegi berjumpa dia. Masya Allah... indah nye ciptaan Allah depan aku. kecik molek je orang di depan aku. borak2 dan orang nye sangat kelakar. tak kering gusi duduk borak dengan beliau. indah nyer pertemuan ketika itu. aku senyum sorang teringat ape yang blaku dulu. Sejak pertemuan itu, esok nye kami kuar lagi. so lepas abis keja tros message ajak dier kuar. dier pakai baju raya hari 1st kaler merah. perh kaler kesukaan aku tu.comel je orang nye. bkn nye beraya, tapi lebih kepada bersembang2. tak sangka plak hri tu dier bwk bekal. nyum3 nasi dan ayam masak kicap dan sayur.. ktorg makan bersama time tu. sedap sangat. mungkin itu kali pertama dan terakhir aku dapat merasa air tangan dier. so sad. Then selalu gak kitaorg lepak kat kampung baru, klcc, titiwangsa. Mengingatkan aku tentang jalan2 kat kg baru yang aku dah lupe. haha lupe sudah jalan kat situ hihih. That time ktorg bjanji akan jadi kawan baik selamenye...

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda hanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta


21 Ogos 2013, sebelum pegi ni ade plak konflik, gaduh dengan die.. semua pasal fesbok la tapi yang jelas dier menipu aku time tu. aku rasa sepatut nye aku dah tinggalkan dier ketika itu jugak dan buang dier dari hidup ni.. Aku selalu percaya pada satu benda, "klo satu perhubungan itu bermula dengan penipuan, ianya akan berakhir dengan penipuan jugak" ....tapi hati ni terlalu lembut dan memberi kemaafan kepada dier. aku rasa beliau layak di maafkan. mungkin kerna aku sayang dia. mungkin kerna aku tidak sanggup kehilangan beliau. Aku merasakan setiap manusia yang bersalah layak di maafkan. aku kalah dengan kata-kata kemaafan beliau. tapi bila di fikirkan semula, tiada hubungan cinta yang jelas kami zahirkan dan kenape perlu beliau memujuk aku. Thinking mode up!!~ hahaha

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

September 2013, daftar untuk Phd kat universiti malaysia pahang. Alhamdulilah dapat gak sambung ke tahap ni. bermaksud aku akan berpisah dengan die. oh noooo.... tp aku redo je la. aku janji akan selalu msg dier... selalu call dier... aku cakap kat dier, klo ade orang lain yang nak kat dier. tolong pegi kat orang tu. jangan tunggu aku. cewahh kenapa la ayat tu terkeluar dari mulot aku. siooott...pandai ko sahimel.. daftar la aku sebagai pelajar semula. dier sedih sgt sbb aku janji nak sambut burdei dier... 18 september 2013. aku tetap pulang ke kl, maklom la dah janji kan nak sambut same dier... malam tu aku. ktorg beli kek kat klcc... igtkan nak potong kek kat situ, tp kena halau plak hihih. so terpakse la pegi titiwangsa. bersama2 sate, kek untuk  sambut burdei beliau. ketika itu la nampak sedikit kebahagian.

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku

Oktober 2013, ketika itu la ujian persahabatan kami banyak. bercakar-cakaran la. slalu bertikam lidah. pelik aku. adekah kerna jarak yang menjadi punca atau kerna aku telah berubah. makin lama makin teruk. adekah kerna aku cemburu.aku pon tak pasti. aku keliru dengan diri aku sendiri. Aku selalu berdoa ketika tu. "Ya Allah, jaga lah dia untuk aku. Senyumkan die setiap hari.Bertemukan dan berpisah kami kerna Mu, Ya Allah... " Makin lame aku rasa keserasian itu makin pudar, yang kekal hubungan ini adelah kerna aku sll msg beliau. Beliau? bagaikan sudah give up dengan aku. Aku redo n pasrah. aku dah buat yang terbaik untuk menjaga perhubungan ini. 

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku



November 2013, hari ni ko temankan aku lepak kat mcd jalan pahang. sampai pukul 3 lebih. terharu sangat kebaikan dalam menemani aku. kau bazikan masa demi aku. terharu, tapi kenapa sahabat, tiap kali henpon ko berbunyi msg dan ko balas nye. tidak pentingkah aku ketika itu kepada engkau. jika dulu, satu msg ko takkan balas bila bersama ku. ko dah berubah banyak. atau aku terlalu sensitif. mungkin jugak. jikalau benar kau ade orang lain. kasi tahu la je. aku tak pernah marah pon. sebab aku tau kita jauh dan ko bosan. KEBENARAN. itu sahaja yang aku perlukan. tapi ko selalu mengelak dan akhirnye meregangkan hubungan yang memang sedia regang. the best part iz, time ni kau delete smue kenangan gambar kita bersama. ko tak mengaku aku ini sahabat baik dah tapi seorang kawan biasa je di hati mu. aku terima itu. 

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku


Disember 2013, tiada apa yang dapat di selamatkan lagi. engkau bagaikan mencari kesalahan aku sahaja. ada baik aku melepaskan ko pergi dari hidup ku. Aku saje bangkitkan sebuah api persengketaan di mana akhirnye benda itu menimbulkan kemarahan dalam diri kau. Pabila kau merasakan ego itu lagi penting dari sebuah persahabatan, akhirnye ko pergi jua dr hidup aku. mesti kau penat melayan karenah aku. Terime kasih kerna pernah menjadi sahabat aku. Terime kasih menjadi mata, laptop, beg dan segala2 nye.. aku mintak halal dunia akhirat jikalau ade termakan pape dan aku halal segala yang aku kasi kat ko. Aku nak minta maaf sekiranya hati kau terluka dan kini aku bersedia melepaskan kau pergi dari hidup ku. Aku menyesal kerna hubungan ini berakhir begitu dan menyesal menciptakan kebencian dalam hati mu. Aku belajar sesuatu dari perhubungan aku dengan ko. pertama, tidak melupakan akal dalam memilih dan membuat keputusan. kedua, matang dalam melakukan tindakan. ketiga, jangan pernah mencipta kebencian untuk menghapuskan satu perhubungan itu dan yang terakhir, jangan meragui seseorang yang sayang kepada  kita. Alhamdulilah, seronok perkenalan bersama kamu dan terima kasih kerna pernah menjadi sahabat ku... 




No comments: