Entry kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman mendaki ke puncak bukit panorama. Let me introduce ckit tentang bukit panorama. Lokasi nye terletak di sungai lembing, klo daripada UMP dlm 2 jam perjalanan melalui Panching. Biasenye orang akan mendaki sebelum subuh sebab kebanyakan tujuan mereka untuk melihat matahari terbit di atas tu. kebanyakkan blog2 bercerita ttg kecantikan matahari terbit tu. Tapi misi aku nak kawan2 ktorg nak pegi untuk beriadah dan mendaki bukit. Selepas stress and tension keja, ini la mase untuk mengurangkan stress itu dengan aktiviti mengeluarkan peluh. Aku, farid and zuhri berteman kan 5 orang lagi wanita besi a.k.a lecturer2 wanita , kami mulakan ekspedisi kami pagi tu. dalam pukul 7 pagi ktorg bertolak dari rumah farid. Nasib tak berapa nak menyebelahi aku, sebab kena selsema yang agak terok. dok pikiaq gak, mcm ner la pengarah projek boleh jatuh sakit ni. hihihi. tapi misi tetap di teruskan jugak. perh udara pagi tu amat la segar, maklum la di kelilingi oleh tumbuhan hijau. lebih kurang dalam 45 minit macam tu, kami pon smpai di kaki bukit panorama. kami posing dulu sebelum naik. maklum la menjadi salah satu kenangan. orang sakit a.k.a penulis tiada dalam gamba kat bawak ni hihih
|
ahli mesyuarat tingkat yang mengikuti ekpedisi mendaki kali ini |
aku ingatkan mula2 macam jungle tracking la. mendaki bukit lain, xde track smue dan yang ade hanye la track tanah je kan. skali smpai2 tgk ade tangga ala2 tangga batu caves. haha perhh gambo atas ni contoh tangga dier. memang agak mencabar la untuk mendaki bukit panorama ni. sebab tangga dier bukan statik je tp ade yg 75 degree la. ade yg landai la. memang menarik la dan mencabar fizikal kaki klo sape rase ingin memiliki otot kaki kuat mcm lee chong wei.. nasihat aku klo bole makan sedikit roti ke sebelum naik utk memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma badan bagi membakar lemak. so takde la pancit. perh tapi mase korang naik tu, banyak je checkpoint yg korg bole jupe berupa pondok2 bagi membolehkan korang berehat sambil bergambo haha.. mmg byk la gambo ber selfie, maklom la pacik pon nak ikot trend terkini hihih..
|
Pondok rehat (jgn ikut aksi pacik ni keh keh keh) |
No comments:
Post a Comment