Sunday, September 27, 2009

SeminGGu Berhari Raye...

aku teringat plak lagu senario, seminggu berhari raya. hehe sekali sekala layan lagu raya yang lawak ne memang best. aku tak sabo nak tunggu klo nabil nak menyanyi. tapi selamat la mamat tue sedar yang sore dier hangus dan rentung. hehe b4 tis kan ent3 aku about raya yang membosan kan. okie skrang aku nak cter ape yang aku wat pada hari raya yang lalu

pada raya pertama, aku macam penat ckit. maklom la malam raya kemas umah dan berjalan. so hari ne aku lebih tumpukan kepada keluarga je. untuk mendekati dan meramas mesra dengan kazen jugak dengan pak cik dan makcik. ketika ne la cter2 nostalgia lame2 akan terkeluar dari mulot makcik dan pakcik. klo nasib tak baik benda tue akan jadi bahan tok kena kita balik nanti. hehe. tapi ketika ini memang hubungan keluarga macam jelas terjelas. kalau b4 tis ade yang bertelagah, tapi time ne diorang ibarat melupekan. hehe aku suke la time ne. hehe

raya ke-2 hari tue aku ikot kazen aku beraya kat umah kawan2 dier. klo aku tak ikot nanti kena tinggal kat umah dan melayan sedara mare yang datang. malas la plak nak wat air.kazen aku bawak keta bersame askar2 nye 5 orang sahaja. aku dengan gigih nye mengikut sedara aku beraya sampai ke negeri 9. kat gedung lalang ( hope btoi aku eja ne). Lawat sedara mare kazen kat sane. hiks puas gak la sebab diorang still kasi duit raya tok mereka yang blom kawin. isi dalam toksah kate la. ciput je la. tapi bersyukur. punya la penat sebab kat tol seremban jem teramat sangat. bak kate kazen aku, ketiak dah berair. aku bukan takat berair tapi dah banjir... hehe

raya ke - 3 aku kuar dengan sepupu sepapa aku. diorang nak tengok wayang, ketika ini aku menjadi ketua kepada mereka. dalam 7 orang kazen termasok aku pegi ketika itu. pastue tambah dua orang anak jiran yang sporting, adam dan hafiz. ktorang pegi klcc dengan harapan tiada orang di sane. masyoikk ktorg smue kerna merasakan klcc bukan lagi berada di malaysia tetapi berada di luar negara. byk sgt la orang oversea yang terdapat di sane tue. jenuh la aku melihat. yg best time makan, aku terlalu kepingan nak makan kfc, cewah dah terikut bahasa mereka. diorang order pon dah tak reti terpakse la amik mase lame. aku n kazen aku geram jer. bler tang ktorg kejap je. satu benda yg aku prasaan, kfc membenarkan staf yg sambut raya pakai baju melayu atau baju kurung. cewah so ramai la lawa2 dengan make up tebal. adus tergode teman. hahaha ktorg tgk antara cter yang paling bodo dalam sejarah cter melayu, MOMOK the movie. punya la menyesal di hati. better aku tengok jin notti la klo macam tue. takpe la momok the movie indah khabar dari rupenye. hehe

raya ke -4, di siang hari nye aku berehat sahaja. tetapi pada malam hari aku terpakse mengikuti openhouse di rumah kawan ayah, pak cik LY atau latif yahya. dulu mase kecik memang rapat la dengan dier. keistimewaan nye dier punya misai yang ala2 datuk K. ayah kate dier terlalu rindukan nak jupe aku sejak dah besau ne. so aku pon jupe la dier. sampai je kat situ. alangkah malu nye sebab di peluk2 oleh pakcik LY, siap kate my face mcm my dad. hiks dah name pon anak bapak kan. slmt la anak perempuan ye lawa, klo jadi milik aku. ahaks tak tercapai akal mu la. heheh

raya ke-5, aku temankan qem pegi ke law yat plaza. yelahkan, klo dok umah pon bosan. pastue bole plak layan movee gak ktorang pegi kat BTS, bukan bandar tasik selatan la. Tapi Berjaya Times Square, tgk movee final destination yang terbaru. ek eleh cter ne pon takde ending yang best tp action cara dier bunuh memang gempak la. Qem menukar dakwat printer beliau kat law yat dan membeli pendrive kat sane. lawa gak pendrive beliau beli kat law yat. rase macam nak beli gak satu benda tue. hehe lame gak kat dlm law yat tue. tak kisah tunggu lame pon sebab memang seronok melihat barang dalam tue. sementara tunggu movee tue start, kitaorg berjalan la kat sungai wang. sebab si qem ne nak cari wallet lelaki yang tak melipatkan duit kertas yang masok. tapi cian tak jupe plak lak. pastue qem ne nak beli suar jeans kat danau kota, tp aku lupe plak yang khamis malam jumaat mane bukak kedai. smue kedai kira rest la malam tue. sia2 je la kitaorg pegi. singgah kat sentul untuk makan.on the way balik tue, aku dah tak larat nak bawak moto so tido je la kat umah qem. selamat la parents dier takde. klo idok, malu gak rase nye muka ne. :P

raye ke -6, aku tak ingat la wat pe, heheheheheh tp ketika itu badan aku letih2 la plak sebab pe xtau la. maybe malam tue tido lewat. ayah n ibu dah risau aku tak balik. lupe plak aku nak inform tido kat umah kawan. sbb aku anak yang baik, jarang plak tido umah orang. mane lewat kol 6 pagi ke mesti sampai umah gak.

raye ke -7, hiks aku bangon awal pagi hri tue. kol 4 lebih. memang aku sekarang ne tak bole nak tido la. kire macam satu penyakit la plak tau. aku wat keja projek ijazah sarjana muda aku ( hiks saje je taip full). ibu dah bangon awal sebab hari nie akak ipar aku @ awek abg aku yg 2nd, farah name nye nak datang umah. kire untuk memasak, memacam la ibu kena wat. aku melihat je. hari tue. ibu menyediakan juadah spiral goreng, agar-agar laici susu, pastue tempura ayam tok tetamu hari tue. hati aku sedih sebenar nye sebab si dier nak balik udm, so macam tak tenang duduk la. wat smue benda pon malas sgt hari ne. tapi aku doakan beliau semoga selamat smpai. ok tetamu yang hadir antaranye rivay, putri, zaty. kire member aku yang rapat je la. pastue bole plak ikot si putri beraya kat umah zaim, then reramai gi umah kawan putri kat tmpt len plak. kenyang aku.

raya ke-8, adus ketika hari ini aku dah mula terasa seronok nye raya. hari ne aku pon kuar gak beraya. hari ne aku kuar dengan rivay, asmira,aminah dan shazni. ktorg gi beraya umah tiap2 sorang ne. kira dapat 5 buah umah la. tetibe dpt idea nak gi beraya umah cikgu. makan nasi ayam lak tue. sedap gler. hiks thank cikgu jasa mu di kenang. ketika ini perut ku sudah berkata yang terlalu kenyang yang teramat sangat

hehehe tue la kisah beraya aku. maklom la uitm kasi cuti so aku pon mintak cuti kat gsc. beraya sakat la aku kat sane tue. hehehe smue kawan2 selamat hari raya dan maap zahir dan batin.

No comments: