Thursday, June 20, 2013

Mencari ketenangan daripada alam ciptaan Allah

Perh tajuk pon dah islamic. Hihih entah kenape semenjak dua menjak ni berperang dengan perasaan je. Bukan sebab cinta tapi sebab tingggal dua bulan aje lagi untuk buat keputusan. Untuk memilih hala tuju hidup ni. Bila aku fikirkan balik, banyak nye cabaran yang harus aku tanggungi kalau aku amik yang sebelah sana. Nak cari kawan baru lagi. Nak kena kenalkan tempat itu lagi. Walaupun kawan2 aku kata aku ni mesra alam dan senang2 jupe kawan kat sane. Tp hati ni macam tak konfident je plak. Hahaha kenapa la hati ni terlalu munafik dan berubah2 sikap. Tidak bolehkah meletakkan satu keputusan itu dan teruskan saja. Memang aku dah buat istikarah dan kembali meminta petunjuk pada Allah. Alhamdulilah, Allah memudahkan urusan aku untuk memilih yang A, tp bisikan hati yang selalu berubah dan merisaukan aku. Dugaan yang Allah nak uji aku sebelum aku menempuh satu alam baru. Masyallah, keputusan kena di buat jugak.

Buat masa sekarang, perhubungan cinta mmg bukan yang aku fikirkan. Whattt... U da 27 la encik titus oit... Hahaha bak kte kawan aku, lelaki takpe klo kawin lambat. Aku pon ikot je la cakap kawan aku tu. Mungkin mata orang tua ku lebih mengetahui perempuan mana yang sesuai untuk aku.. Aku pon let go je la... Hidup kena enjoy hihihi... Senyum senyum senyummm dan masih mude untuk kawin dan ade anak... 

Ketenangan melalui keindahan milik tuhan


Untuk tenangkan fikiran... Selasa n rabu lepas aku pegi cameron highland. Tido sane. Ini sumue kepala gila kawan2 aku la.. Kte nak gi kelate.. Slmt aku tak tempah hotel kat sne. Maklom la dorg bercuti sebelom paper.. So ape lagi, layankan je la dorang tu. Aku kte nak gi kelate, alik2 dorg gi cameron. Cehhh tapi xpe.. Wlpn kualiti udara kurang baik skrg. Tapi kotrg enjoy2 gak. Yang pelik, dorang mcm tau je aku ade problem. Agak nye btoi la org cakap. Wajah aku tak reti sembunyi ade masalah. Oit oit oit itu bukan titus la.... Titus sgt pandai blakon n pandai sembunyi mslh... Hiihihihi ape2 seronok dpt bercuti dengan dorg. Keja asyik makan2. Pdhal dua minggu lepas or 3 minggu lepas, aku n family baru je naik kat ats tu. Haish.... Lpas ni aku akan fobia sama strawberry sebulan wakakaka.... Nice guys.. Hihihih. 

Pic kt bwh ni kenangan kt tepi pantai. Hahaha time ne kuar dgn euuwwww... Mcm tak mo igt je... Terjupe plak dlm fesbokk pic ni. Rase nak delete je. Tapi lawa plak.. So simpan je la. Hihihihi adekah manusia yang ikhlas berkawan dengan aku tanpa mengharapkan pape. Perhubungan itu complicated dan aku berharap sekarang hanyalah berkawan. 

Mr titus ^^


Friday, May 31, 2013

Yeahhh i am got my master... Call me Master titus!!!

Assalamualaikum semua... First time menaip blog daripada ipad ni. Wakakaka lepas ni selalu la aku update blog ni. Wakaka alhamdulilah, dah habis master aku. Terima kasih untuk ibu dan ayah ku yang terlalu banyak memberi sokongon moral dan money. Hihih maklom la time tu dah tak keja so duit pon kurang. Tp dorang yang tak maw kasi aku keja. Haha aku pon ape lagi mengambil kesempatan. Cewahh.. Gambo yang atas sekali mase diploma, blaja kat uitm machang kelate tp konvo kat uitm shah alam. Tahun tu 2008 klo tak salah aku. Teringat lagi mase tu. ade krisis ekonomi yang sangat teruk dalam keluarga aku. Klo teringat balik kisah time tu. rase nak menangis air mata. Beberapa hari sebelum konvo ni, ayah dan ibu jual kereta, so dorang datang merempit je dari gombak. Mulanya aku tak maw kasi dorang datang, kesian kan jauh jarak dari gombak ke shah alam. Tp dorang gagah nak pergi. Maklom lah nak melihat anak bongsu mereka menerima segulung diploma. Hihihi.

Gambo yang second tu mase kat uitm shah alam gak, mase tu aku menerima segulung ijazah matematik. Alhamdulilah mase ne semua berada dalam keadaan baik. Tengok saja la saiz badan ibu aku daripada s ke m kot. Maklom la.. Happy sangat kan. Bersyukur sangat, wlpun mase itu aku berkerja sambil blaja, tp aku dapat menamatkan jugak ijazah aku. Memang penat tapi aku harungi jugak demi ibu dan ayah aku sanggup je. Gambo tue di ambil pada 2010. 
Dari atas : Diploma 2008, Degree 2010 dan Master 2013
Lepas je habis degree, aku keja partime kat TGV. Hihih maklom la bidang wayang ni mmg tak bole lari daripada hidup aku. Melekat keja kat situ smpai setahun lebih. 2011 terbukak hati nak sambung ke peringkat seterus nya. Mase tu kawan aku, hamzah mengoffer aku untuk smbg bersama di USM. Aku pon fikir byk gak la then tros amik keputusan untuk sambung. tukar balik daripada matematik ke statistik. hahahah Alhamdulilah, setelah berhempas pulas selama setaun setengah, akhir nye awal tahun 2013 menlakar sejarah dalam hidup aku. Di anugerahkan sebagai master of statistics daripada Universiti Sains Malaysia. Wowww universiti APEX tu. wakakaka alhamdulilah. 

Didalam dewan Konvo

Terima kasih Ayah dan Ibu sebab membesarkan aku walaupun tidak mewah tapi cukup untuk pakai dan makan. Aku sebagai anak mungkin tidak terbalas jasa yang telah di beri dari aku lahir sehingga sekadar. Terlalu besar. Anak mu ini kita sudah ada master, biarlah sedara mara mencaci ibu dan ayah, bersabar lah kerna dunia ini sementara. Ibu dan ayah, imel berjaya banggakan ibu dan ayah dengan menjadi cucu pertama RAKIAH n HASSAN, SAID n MAIMUNAH yg berjaya mengenggam segulung master. Walaupun tidak sejauh bath, tapi aku memiliki jugak. Apalah guna pergi luar negara kalau hanya mendapat cukup makan dan balik ke Malaysia menanggung hutang setengah juta ringgit malaysia. Malaysia pun ada jugak.
Regards,
Mr Titus ^,^

Saturday, September 29, 2012

Kita


Assalamualaikumm... di pagi ahad yang indah ini.. ingin aku kongsi kan sebuah nurkilan yang indah yang aku terbace semasa aku tgh on9 fb... tajok dier xbrp nak tau... tp not bad la... kate2 dier mmg tulus dr hati membicara ttg diri kita yang sebenar.. mungkin ini akan memberi ilham utk kita kenapa kita idop di bumi ini.. tahniah n terima kasih kpd penulis yang berbakat ini... Encik Faez Sulaiman...

Kita…
Dilahirkan bukan untuk berduka
Bukan untuk bersengketa
Bukan untuk disakiti
Bukan untuk dicaci
Bukan juga untuk membenci

Tapi kita…
Dilahirkan untuk kebahagiaan yang berpanjangan
Untuk saling sayang-menyayangi sesama insan
Untuk harungi liku-liku hidup yang penuh keriangan…

Lahirnya kita…
Kedunia ini hanyalah untuk menempuh segala
Dugaan dan cabaran…(Terkandung dalam Semua)
Salah satu dari ujianNYA …

Mampukah kita mengeratkan SILATURRAHIM
Mampukah kita mengelakkan kekejaman
Mampukah kita saling bersalaman
Mampukah kita cinta mencintai sesama insan

Apabila kita…
Tak mampu melakukan yang diamanahkan
Bolehkah kita mendabik dada membiarkan
Sesuatu yang berlaku janganlah dianggap kebetulan
Semua yang tertulis adalah Suratan

Sesamalah kita menafaatkan
Suruhan Tuhan jangan dilupakan
Moga kehidupan kita mendapat keredhaan…

search kat fesbok name penulis sajak ini FAEZ SULAIMAN...

Monday, March 28, 2011

Coklat Dan mawar

Coklat dan Mawar
Pemberian kekasih kepada kasihnya
lambang cinta sejati
manis coklat ibarat manisnya cinta yang di rasa
bertambah gembira pada insan berkasih
Harum mawar bak wangi nya bauan cinta
mekarlah sayang bak mawar
kembang menguntum setiap masa
indah di pandang

namun, coklat kan cair ketika kehangatan
mawarkan layu ketika tidak bersiram
tiada berguna kerna duri yang tajam yang tinggal
meluka tangan dan menguris jiwa

walau apa pun terjadi
cinta kita akan tetap seenak coklat
tergigit kacang, nikmat nya dilupa
Biarlah rasa cinta kita mekar bak mawar
dalam tanam hati masing-masing....

Friday, March 11, 2011

Bingkai Kaca

sunyi dan sepi
aku masih di depan bingkai kaca ini
melihat dan meluahkan
mencipta satu nukilan
yang ikhlas dr sanubari

enam bulan ku berlalu pantas
ku rasakan bagai semalam
aku mengucap selamat tinggal kepada kamu
melambai ke negera asing kau berangkat
terbang di langit biru
mengejar cita-cita dihati
membina masa depan kita
mencipta kejayaan perhubungan

hanya dari bingkai kaca inilah
kita bersua muka
melepaskan rindu di hati
tertawa dan menangis
berkongsi madah dan cerita
indah sungguh perhubungan jarak jauh ini

Tapi rencah dalam berkasih
adakala bagai taufan melanda
ada kala bagai tanah di musim kemarau
Namun masih tekun cinta di ikat
kerna janji yang telah terpatri itu
menanti satu jawapan di bingkai ini
adekah bersatu atau tidak
tapi doa yang akan menentukan segala nye
kerna hati ini tidak berhenti merindu dan mencinta kamu
Jawapan itu abadi dalam hati kita

Monday, February 28, 2011

Pantai


tenang sang bayu bertiup petang ini
di sambut nyanyian pepohon rhu
melambai sang nyiur menari2
terhampar putih pasir bak permaidani
indah,
bersama keriangan berlari anak kecik
begitu juga sang ombak
berkejaran antara satu dan lain
menghempas dan lenyap di tepian

aku kembali di situ lagi
pantai yang pernah menjadi saksi
ikrar cinta suci kita dulu
di mana janji kita termetrai
di kala kasih bersemi
di atas batu berdua berkata cinta
menjadi saksi cinta kita

namun
tiap perhubungan ada dugaan nya
ibarat badai yang melanda
kemudian menjadi ombak dan hilang di tepian
cinta kita musnah menjadi buihan di tepian
titisan air mata tidak penah lekang menitis di pantai ini
kerna pantai yang putih ini
kenangan kau dan aku..

Thursday, July 15, 2010

Sajak tercipta utk insan penah ku sayang

**dah lame aku tak menaip cerpen, sajak, smue yang dikirakan sebagai kreatif..malam ini aku tulis lik sbb dah bosan sgt...takde kena mengena dgn sesape sekadar hiburan semata2 hehe enjoy wif my sajak...


Berderai air mata ini
Bersama cinta yg kian pudar
apakah perang emosi dalam diri ini
menjadi tanda
biarpun suka zahirnya
namun tampak duka di dalam yg berdarah
menjadi satu episod yang tiada penghujung

takdir temukan kita sebagai kawan
sayang datang mengubah rasa
kasih timbul menyentuh jiwa
cinta hadir mengubat rindu
hati yang kosong kembali berbunga
mekarlah taman seindah rupanya

namun,
sayangmu hanya mainan kata
rekaan bagi memusnahi aku
kasihmu hanya gurauan jiwa
tulusnya pada kata yang tercalar
cinta mu hanya merobek diriku
menjadi kecundang bersama rindu ini

Tak Sanggup lagi diri ku berduka
Ku Bawa bersama,
kepingan-kepingan cinta yang terlarang itu
ku kutip dan ku biarkan ia berlalu
kerna
cinta itu bukan milik ku lagi

(,")Mr Titus(".)